IPOH, 11 Ogos – KPIPM
baru-baru berkesempatan untuk menziarahi keluarga arwah Abdul Aziz Abdullah di
tanah air.
KPIPM yang diwakili oleh saudara Muhammad Firdaus Bin Aznan, Pengerusi
Penasihat KPIPM dan ditemani oleh saudara Mohd Sayuti bin Zawahib, mantan
Setiausaha Agung KPIPM sesi 2009/2010.
Di
dalam ziarah tersebut, KPIPM sempat bertemu bersama ayah arwah, Abdullah bin
Husien. Pertemuan tersebut juga disertai bersama oleh beberapa ahli keluarga
yang lain.
KPIPM
juga menyerahkan USD 481.00 iaitu sumbangan yang telah diterima hasil daripada
sumbangan seluruh mahasiswa/wi di Mesir sebelum ini. Sumbangan tersebut juga telah
banyak membantu arwah Abdul Aziz dari mula beliau menerima rawatan di Mesir
sehinggalah dibawa pulang ke tanah air bagi rawatan susulan.
Hasil
dari pertemuan ringkas itu, keluarga arwah telah menyerahkan semula wang
sumbangan tersebut bagi tujuan kebajikan khusus untuk ahli KPIPM yang
memerlukan di Mesir.
Semoga
roh arwah Abdul Aziz dirahmati dan ditempatkan bersama para shuhada dan solehin.
syukran atas jasa baik KPIPM sudi membantu arwah abdul aziz.. jasa baik antum ALLAH saja yg dpat membalasnya..
ReplyDelete