Tuesday, August 7, 2012

PEMANDU : Pembinaan Karakter Dalam kalangan Ahli KPIPM





KAHERAH, 2 Ogos 2012 - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri 4 telah berlangsung dengan jayanya di  Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A sejurus solat sunat tarawih berjemaah. Siri kali ini telah  mengetengahkan pembentangan  kertas kerja yang bertajuk “Dakwah kita di era baru : Karakter seorang da’ie.  Kehadiran pada  malam itu amat memberangsangkan iaitu seramai  70 orang mahasiswa-mahasiswi.

Pengisi  malam tersebut iaitu Saudara Abdul Hadi bin Jusoh, Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM 2012 telah membentangkan dengan baik. Corak pembentangan dua hala pada malam itu memberikan respon yang sangat memuaskan dalam kalangan mahasiswa yang hadir.

Perkara yang diberi penekanan dalam pembentangan tersebut ialah berhubung kekangan atau cabaran dakwah, persiapan dakwah, peribadi seorang pendakwah, ciri penting seorang pendakwah ,masalah pendakwah , methodologi dakwah dan kemahiran yang perlu ada pada seorang pendakwah  masa kini. Selesai pembentangan daripada pengisi,  sesi soal jawab  telah dibuka kepada para hadirin.

Program berakhir  dengan penyampaian cenderahati oleh Saudara Mohammad Omar bin Adam, Yang dipertua  KPIPM 2011/2012 kepada pengisi program Saudara Abdul Hadi bin Jusoh.  Majlis berakhir sekitar jam 12 malam.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...