Salam
Ramadhan buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Sedar atau tidak, kita telah pun
berada di pertengahan Ramadhan, moga sama-sama kita melipat gandakan amalan
kita bagi mencari lailatul qadar yang dirindui oleh setiap abid pada setiap
zaman dan ketika tibanya bulan mulia ini.
Mewujudkan
Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk
dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan
nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah.
Tak
kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan
di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan
atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah.
Amat
tidak patut apabila satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan
pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang
hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan
kita seharian. Begitulah pentingnya mewujudkan Biah Solehah difahami dan
dipikul oleh semua pihak.
Apalah
gunanya pada waktu pagi kita mencanangkan pelbagai dasar, program dan aktiviti
yang positif untuk dilaksanakan demi pembangunan dan kemajuan agama, negara dan
bangsa tetapi pada waktu petang dan malam kita juga yang membenarkan dan menyediakan
pelbagai dasar, program dan aktiviti berbentuk negatif yang boleh meruntuhkan
dan merobohkan segala kebaikan yang terbina.
Baru-baru
ini, kita telah mendapati bahawa telah berlaku pencabulan ke atas hak bersuara
anak-anak Perak iaitu usul Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 44 yang telah
diputuskan. Usul yang berbunyi “ Membenarkan penggunaan komputer di Wisma Darul
Ridzuan dengan syarat tertentu manakala penggunaan internet hanya di tempat yang dikhususkan”.
Bukanlah
isu penggunan internet itu halal atau haram, boleh atau tidak. Tetapi kita
melihat kepada usul Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 44 yang telah disepakati
umum.
Kita
seharusnya menghormati suara majoriti ahli yang telah disepakati.
Secara
ilmiahnya, kita perlu juga memahami Fiqh Syura yang mana, apabila telah
diputuskan dan telah disepakati sesuatu perbincangan itu dan menemui kata
putus, maka perkara yang baru atau hal-hal mendatang, mestilah mendapat
persetujuan mesyuarat dahulu. Hatta pemimpin negara sekalipun perlu melalui proses
ini. Jika tidak, kepimpinan tersebut boleh digelarkan diktator atau kuku besi.
Sensitiviti
perlu ada pada setiap yang bernama muslim mukmin. Janganlah hanya mementingkan
diri tanpa memikirkan suara sahabat sahabat kita. Moga nukilan ini dapat membuka
sedikit minda sahabat-sahabat di bulan yang mulia ini.
Disediakan oleh :
Saudara Muhamad Amin Yahya
Setiausaha
Badan Hisbah
KPIPM
sesi 2011/2012
No comments:
Post a Comment