Sunday, December 1, 2013

USMB '13 : Selamat Datang Ke Bumi Mesir!

Kaherah, 30 November 2013 – Seramai 46 
orang mahasiswa baru Perak telah selamat tiba di Mesir pada jam 3.05 pagi. Mereka yang terdiri daripada 33 siswa dan 13 siswi di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk). Rombongan mereka turut disertai oleh Encik Shaharin Bin Ali, Pegawai Unit Teknologi dan Maklumat MAIPk selaku pengiring bagi rombongan tersebut.

Ketibaan mereka di Lapangan terbang Antarabangsa Kaherah telah disambut oleh beberapa pimpinan AJKT dan AJK HEWI KPIPM, Pegawai HEP Perak Mesir iaitu Ustaz Munawir Bin Mohamed Noh, Badan Pengurus Angkat KPIPM iaitu Ustaz Salihin Bin Abdullah beserta Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program USMB KPIPM 2013.  

Pihak KPIPM amat berbesar hati dengan kehadiran mahasiswa baru dan sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada mereka. Dengan kehadiran mereka di bumi Mesir ini, pihak KPIPM mengharapkan agar dapat meneruskan generasi Azhariyyun yang bakal memimpin masyarakat di tanah air kelak.

“BERILMU BERAMAL IKHLAS”
“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN” 

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM