سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام
على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد
Perjalanan sebagai
seorang naqib atau naqibah merupakan suatu jalan yang cukup mencabar serta
betul-betul menguji ketahanan diri. Seringkali kita sebagai nuqaba' atau
naqibat mengharapkan kalau boleh setiap hari, jam bahkan detik, hidup ini
sentiasa dalam keadaan yang menyoronokkan dan menggembirakan hati. Apa yang
saya maksudkan disini ialah hidup sebagai seorang yang senang, tiada yang
marah, semua orang suka, selalu dipuji, selalu dirai, selalu disapa, selalu
dihargai dan sebagainya.
Tapi, percayalah wahai
nuqaba' dan naqibat sekalian, sebenarnya jalan yang kita pilih bukanlah jalan
yang mempunyai sifat-sifat yang sedemikian. Jalan yang kita pilih adalah jalan
dakwah dan tarbiyah iaitu jalan yang pasti tidak ramai yang akan melaluinya.
Firman Allah SWT dalam
Al-Taubah ayat 42 :
"Sekiranya apa
yang kamu seru kepada mereka mempunyai keuntungan yang mudah diperolehi dan
perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya pasti mereka akan mengikutimu,
tetapi apa yang kamu seru ini adalah sangat jauh dan terdapat duri
kesusahan".
Kadang-kadang hidup
kita akan diuji dengan Istiqamah. Itulah ujian yang selalu saya rasai sejak
ditaklifkan menjadi naqib membawa usrah sejak daripada tingkatan dua lagi.
Bukan senang untuk
istiqamah dalam jalan dakwah. Saya akan senaraikan sebahagian istiqamah yang
perlu ketika membawa dakwah dan usrah.
1) Istiqamah untuk
menjalankan usrah setiap minggu.
2) Istiqamah untuk
mengenali anak usrah.
3) Istiqamah dengan
manhaj usrah yang kita sampaikan.
4) Istiqamah dengan
mengamalkan ilmu yang dipelajari.
5) Istiqamah dengan pembacaan kitab-kitab ilmu dan
ktab-kitab haraki.
6) Istiqamah dengan
usaha melebihkan diri berbanding dengan anak usrah.
7) Istiqamah untuk
sentiasa berada dalam jalan Nuqaba'.
Ulamak sufi yang
haraki sering memberi pesanan bahawa istiqamah dalam keimanan kepada Allah SWT
dan menyampaikan agamanya akan menghasilkan 3 perkara sepertimana yang
disebutkan dalam al-Quran.
1) Berani
Iaitu tidak akan
berasa takut dengan keimanan dan kerja yang kita lakukan.
2) Ketenangan
Iaitu tidak akan
berasa sedih dengan gerak kerja yang kita lakukan.
3) Optimis
Iaitu suatu semangat
yang berapi-api oleh kerana dijanjikan dengan balasan syurga yang penuh dengan
nikmat.
Wahai nuqaba' dan
naqibat sekalian.
Syaitan akan
menghasut manusia daripada pelbagai sudut dan keadaan. Kalaulah kita sebagai
seorang yang miskin, maka dia akan datang sebagai seorang yang miskin. Kalau
kita sebagai seorang ulamak maka dia akan datang sebagai seorang ulamak. Kalau
kita sebagai seorang yang berpangkat, maka dia akan datang sebagai seorang
berpangkat. Begitu jugalah kita sebagai seorang naqib atau naqibah, pasti dia
akan menguji kita sebagai seorang naqib atau naqibah. Waktu itulah kita akan
merasakan bahawa "aku adalah seorang yang hebat sebab pandai bercakap,
berhujah, dan mencernakan pemikiran. Maka timbullah riyak, sum'ah, ujub dan
sebagainya.
Aku hebat sebab
mampu membaca kitab-kitab arab.
Aku hebat sebab
mampu berceramah dan memberi tazkirah di hadapan khalayak ramai.
Aku hebat. Oleh
sebab itulah aku dipuji, disanjungi dan disantuni.
Firman Allah SWT
dalam Al-A'raf ayat 17 :
"Kemudian pasti
aku (syaitan) akan mendatangi mereka (manusia) dari depan, dari belakang, dari
kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka
bersyukur".
Wahai nuqaba' dan
naqibat sekalian,
Ketika kita
mengharapkan agar senantiasa dipuji dalam hidup, dihargai, disantuni dan
seumpamanya, apakah kita mengharapkan semuanya itu datang daripada jiwa yang
tulus, jujur dan ikhlas atau sekadar menyedapkan mata dan telinga? Jika kita
mahu pujian dan semua itu hanya sekadar untuk menyeronokkan penglihatan, maka
sebenarnya kita telah berjaya meraihnya, bahkan berlebihan.
Tetapi, apabila
timbul perasaan-perasan tersebut tersebut dalam jiwa nuqaba' dan naqibat, maka
sudah tiba masanya fatrah kefuturan dan fatrah perubahan bukan lagi sebagai
seorang naqib dan naqibah. Kerana jalan tersebut tidak menguntungkan aku. Tidak
menjadikan aku sebagai seorang yang dipandang mulia.
Selamat tinggal
jalan dakwah.
Selamat tinggal
jalan tarbiyah.
Selamat tinggal
jalan yang penuh dengan duri-duri kesusahan.
Selamat tinggal
jalan yang selalu mengalirkan air mata.
Selamat tinggal
jalan yang belum pasti kesudahannya.
Ketika saya mengaji
kitab Al-Qadaya Al-Fiqhiyah, perbahasan berkenaan ciri-ciri seorang kepimpinan
islam, Sheikh mendatangkan contoh sirah Khulafak ar-Rasyidin sebagai teladan
bagi pimpinan. Satu kata-kata yang diucapkan oleh seorang sahabat besar Nabi
SAW iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Ucapan pertama beliau ketika
menggantikan Rasulullah SAW sebagai khalifah umat islam ketika itu…..
"Sesungguhnya
aku bukanlah seorang yang paling layak untuk menduduki takhta sebgai seorang
khalifah, tetapi aku diberikan taklifan untuk memimpin kamu semua. Maka
taatilah aku selagi mana aku tidak menyuruh kamu melakukan maksiat kepada Allah
SWT. Dan perbetulkanlah aku sekiranya aku melakukan perbuatan yang dilarang
oleh Allah SWT."
Wahai Nuqaba' dan
Naqibat sekalian.
Sebenarnya inilah
salah satu ciri-ciri kepimpinan islam. Tidak mengharapkan pujian dan sanjungan
daripada orang ramai. Sentiasa bersedia untuk ditegur sekiranya melakukan
kesalahan. Sentiasa berpegang dengan prinsip dan mauqif demi untuk mencapai
hadaf dan matlamat.
Oleh kerana itu,
janganlah membina tembok ketahanan diri dengan mad’u yang sentiasa memuji dan
menyanjungi kita tetapi pasakkanlah ketahanan diri dengan sifat-sifat para alim
ulamak dan sifat-sifat para pejuang Allah SWT. Mereka langsung tidak
mengharapkan pujian dan sanjungan daripada orang ramai kerana mereka tahu
bahawa….. Itu Bukan Jalan Dakwah
BIODATA PENULIS
Nama penulis adalah
Ustaz Shahrizan Bin Hazime merupakan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang
Syariah Islamiah. Beliau pernah memegang amanah sebagai Presiden PMRAM pada
tahun 2010. Kini beliau sedang bergiat aktif berdakwah di Malaysia.
No comments:
Post a Comment