Home » » Kepentingan Ilmu dan Dakwah

Kepentingan Ilmu dan Dakwah


Ilmu merupakan jambatan kepada sesorang itu untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah swt. Tidak dapat tidak, wajib bagi seseorang itu untuk mempelajari ilmu supaya dapat menjadi bekalan kepada seseorang untuk mendapatkan redha Allah swt.

Sabda Nabi saw:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim.”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Segenap aspek kehidupan ini memerlukan asas ilmu yang kukuh supaya dijadikan panduan untuk melaksanakan sesuatu aspek tersebut dengan betul. Seperti contoh aspek politik yang memerlukan ilmu kepakaran dan sistematik seseorang dalam memerintah negara.

Sepertimana kata-kata Imam Syafie Rahimahullah:
ﺗﻔﻘﻬﻮﺍ ﻗﺒﻞ ﺃن تﺴﻮﺩﻭا
"Tuntutlah ilmu sebelum kamu memimpin."

Oleh itu kepntingan ilmu itu perlu lebih-lebih lagi ilmu pensyariatan Allah Taala supaya manusia ini berjaya di dunia dan akhirat.

Dalam kegigihan seseorang dalam menuntut ilmu, perlu juga memahami kewajipan kita dalam meneruskan dakwah yang diperjuangkan baginda Nabi SAW.

Firman Allah swt:
ﻭَﻟْﺘَﻜُﻦْ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﺃُﻣَّﺔٌ ﻳَﺪْﻋُﻮﻥَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﻭَﻳَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ بِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﻳَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ اﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻭَﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻤُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ

"Hendaklah di antara kamu yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka merekalah orang-orang yang berjaya."
(Surah Ali-Imran : 104)

Perkataan ولتكن yang disandarkan dengan lam amar menunjukkan perintah wajib kepada umat Islam untuk berdakwah.

Firman Allah S.W.T:


Di dalam surah Al-Asr, Allah Taala meletakkan 4 bahagian yang perlu dijadikann panduan kepada manusia di dalam kehidupan.

1) Beriman kepada Allah
2) Beramal dengan amalan soleh
3) Berpesan kepada kebenaran
4) Berpesan kepada kesabaran

Surah inilah yang disifatkan oleh Nabi Saw sebagai satu pertiga Al-Quran yang merangkumi kewajipan manusia dalam meneruskan dakwah.

Berkata Imam Syafie lagi:
“Sekiranya manusia seringkali mengingati surah Al-Asr, maka sudah cukup bagi mereka. Oleh itu, tidak cukup bagi mereka untuk mngenal erti kebenaran dan kesabaran itu selagi mana mereka tidak berpesan dan memberi panduan di antara satu sama lain.”

Dalam rukun dakwah memerlu manhaj yang perlu diikut oleh setiap daie supaya dijadikan panduan yang tetap bagi mereka. Manhaj inilah yang memerlukan ilmu daripada dua sumber yang tepat daripada Alquran dan sunnah, dan panduan daripada pandangan alim ulamak.

Ilmu dan dakwah saling berkait rapat dan memerlukan diantara satu sama lain. Sekiranya tiada ilmu dalam dakwah, maka pincanglah dakwah tersebut. Begitulah sebaliknya sekiranya dengan ilmu kemudian tiada kesedaran manusia dalam berdakwah.

Hayati kata-kata Imam Ibnu Ramli:
فعالم بعلمه لم يعملن # معذب من قبل عباد الوثن
وكل من بغير علم يعمل # اعماله مردودة لا تقبل
Org alim yang tidak beramal dgn ilmunya #
maka akan diazab sebelum penyembah berhala,

Maka brgsiapa yg beramal tanpa ilmu #
amalannya akan tertolak dan tidak diterima.

Dakwah merupakan amal yang menghubungkan kita dengan Allah Taala. Ianya adalah salah satu amalan yang mampu meningkatkan taqwa dan takut kita kepada Allah. Seorang daie yang berilmu mampu untuk sampai kepada tahap ketaqwaan yang tinggi. Kerana mereka faham akan kewajipan mereka yang sebenar adalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Ilmu bukan sesuatu benda yang dikumpul sehingga banyak, akan tetapi ilmulah yang menjadi titik nilai supaya kita bertambah takutnya kepada Allah.

Berkata Ibnu Mas'ud:
لبس العلم بكثرة الرواية، انما العلم الخشية

“Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, sesungguhnya ilmu itu adalah takut (kepada Allah).”

Justeru, kepentingan dan kombinasi diantara kewajipan menuntut ilmu dan berdakwah perlu disematkan dalam diri kita selaku mahasiswa Islam. Lebih-lebih lagi Azhari yang mempelajari manhaj Islam yang wasatiyyah yang mana tidak ekstrem إفراط dan tidak mengambil remeh akan sesuatu تفريط.

Jadilah mahsiswa yang berguna kepada masyarakat nanti. Jadikan imtihan ini sebagai pencetus kepada diri kita untuk menjadi daie yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah swt. Moga kejayaan milik kita di dunia dan akhirat.

اصلح نفسك وادع غيرك

Rujukan:  الدعوة الإسلامية karangan Dr. Sodiq Amin


BIODATA PENULIS

Nama penulis adalah Ustaz Muhammad Hazim Bin Halim yang merupakan mahasiswa kuliah Usuluddin Fakulti Aqidah dan Falsafah, Tahun 3, Universiti Al-Azhar. Beliau sekarang memegang jawatan sebagai Bendahari Kehormat KPIPM sesi 2012/2013.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger