Peristiwa Israk dan Mikraj adalah
sebuah peristiwa yang perlu dijadikan pengajaran. Dengan faktor inilah umat
Islam dapat menilai pelbagai hikmah disebalik peristiwa yang dikatakan luar biasa
ataupun di luar jangkaan pancaindera manusia. Disebalik kesedihan Rasulullah yang
menempuhi pelbagai liku-liku dalam perjuangan dakwahnya, maka Allah S.W.T
menenangkan hati kekasihNya dengan membawa baginda melihat kekuasaan serta
kebesaran Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Kesedihan yang dialami oleh Nabi
Muhammad di dalam tempoh ‘tahun kesedihan’ jelas dihayati di atas pemergian
sayap kiri perjuangannya, Saidatina Khadijah R.A dan bapa saudara
kesayangannya, Saidina Abu Thalib. Namun kesedihan tersebut tidak pernah
menjadikan semangat baginda luntur lantas masih tetap di atas landasan perjuangan
membawa risalah tauhid serta rahmat ke seluruh pelusuk alam buana.
Israk Mikraj merupakan satu anjakan
paradigma bagi perjuangan Rasulullah S.A.W. Hakikatnya ia adalah suatu perjalanan
yang benar dan realiti yang perlu dijadikan kepercayaan selaku hambanya yang
beriman kepada Allah S.W.T dan perkara-perkara sami'yyat. Peristiwa tersebut jelas digambarkan oleh Allah
S.W.T di dalam surah Al-Isra’ ayat yang pertama:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً
مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى )
(الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya: “Maha Suci Allah, yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian
dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui”. (Surah Al-Isra’ : 1)
Walaupun
peristiwa ini tidak mampu untuk digambar melalui pancaindera manusia, namun
cukuplah ayat ini meyakinkan diri kita terhadap kebenaran yang disampaikan oleh
Rasulullah S.A.W. Hatta dalam peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar R.A adalah
orang yang pertama yang mempercayai akan kata-kata Nabinya:
(
ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻬﻢ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ: ﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﻗﺎﻟﻬﺎ, ﻓﻘﺪ ﺻﺪﻕ ﻭﺇﻧﻲ ﻷﺻﺪﻕ ﻋﻠﻰ ﺃﺑﻌﺪ ﻣﻦ
ﺫﻟﻚ...)
“Maka ditanya Abu Bakar akan perihal itu (Israk Mikraj) : Sekiranya apa
yang dikatakan tentangnya benar, maka aku akan membenarkan malah lebih daripada
itu…[1]
Begitulah
sifat seorang pengikut Nabi Muhammad S.A.W yang patuh dan sentiasa membenarkan
apa yang dikatakan olehnya. Gelaran As-Siddiq memang sesuai untuk diberikan
kepada Saidina Abu Bakar. Oleh sebab kepercayaan Abu Bakar kepada Rasulullah terlalu tinggi, maka beliaulah orang yang pertama yang diberi kepercayaan untuk menjadi khalifah selepas kewafatan baginda.
Di
dalam tempoh perjalanan baginda di dalam peristiwa tersebut, pelbagai gambaran
yang Allah S.W.T tunjukkan kepada hambaNya. Di sinilah solat lima waktu
difardhukan, Rasulullah melihat gambaran neraka dan syurga, pertemuan dengan
barisan Nabi-nabi dan pelbagai lagi hikmah serta pengajaran yang Allah S.W.T
tunjukkan kepada kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W. Namun persoalannya, sejauh
mana kita menghayati kebenaran dan pengajaran pada perisitiwa tersebut?
Perjalanan
Nabi Ke Masjidil Aqsa
Nabi
Muhammad S.A.W di’isra’ oleh Allah S.W.T dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. –Kedua-dua
destinasi ini dirungkai melalui ayat dalam surah Al-Isra’ ayat satu iaitu:
مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ
الأَقْصَى..…
…dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa..
Maka
kedua-dua tempat tersebut adalah dua kawasan yang sangat jauh jaraknya.
Dijangkakan bahawa jarak di antara kedua destinasi tersebut adalah lebih kurang
1300 kilometer jauhnya.[2]
Maka
amat ajaib bagi seseorang musafir untuk berjalan dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa pada satu malam sahaja di zaman tersebut. Hanya kekuasaan Allah
Taala yang mampu menjadikan segala kejadian tersebut.
Masjidil
Aqsa adalah tempat suci bagi umat Islam. Ianya terletak di daerah Jerusalem di
bumi Palestin. Di situlah terletaknya kiblat umat Islam yang pertama sebelum
ditukarkan ke Baitullah Al-Haram. Di
dalam surah Al-Isra’ ayat satu tersebut menyifatkan bahawa Masjidil Aqsa atau Baitul Maqdis yang penuh barakah adalah tempat yang mana diutuskan para Nabi bagi
menyampaikan risalah tauhid. Selain itu, ianya juga disifatkan sebagai tempat
yang menerima kebaikan dunia dari sudut sungainya, buah - buahannya,
tumbuh-tumbuhannya yang sangat subur yang dilimpahkan kepada hamba-hambaNya.[3]
Persinggahan
Nabi Muhammad S.A.W ke Masjidil Aqsa pasti ada hikmah yang tersendiri yang
perlu dikaji oleh setiap umat Islam.
Mengapa
Masjidil Aqsa?
Persoalan
mengenai persinggahan Nabi Muhammad S.A.W di Masjidil Aqsa, Palestin adalah jarang
sekali dirungkai. Namun hikmahnya amat besar jika ingin dikaitkan dengan
realiti zaman sekarang.
Persoalan
ini pernah dirungkai oleh Dr. Muhammad Al-Ghazali di dalam kitabnya Fiqh Sirah.
Antara sebab persinggahan Nabi ke Masjidil Aqsa adalah:
“Sesungguhnya
ia mengimbau kembali sejarah silam, yang mana wahyu Allah S.W.T pernah
diturunkan secara berterusan kepada Bani Israel, diutuskan para Nabi dari
kalangan mereka di tanah yang dicintai dan mereka adalah kaum yang dipilih oleh
Allah.”[4]
Menurut
sebuah riwayat hadith menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan
barisan para Nabi terdahulu dan mengimami solat bersama mereka di Masjidil Aqsa.
Di sinilah, Allah mengumpulkan
Rasul-rasul yang terdahulu sebelum Rasulullah, yang membawa hidayah serta
risalah tauhid. Sesungguhnya para-para Nabi ini saling membenar di antara satu
sama lain dan mengiktiraf akan kenabian Nabi Muhammad S.A.W.
Justeru
Allah telah menjanjikan kepada utusan kaum Bani Israel ini dengan kedatangan Rasulullah sebagai utusan yang terakhir kepada manusia sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah S.W.T:
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ
وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ
وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا
أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia
dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang
Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang
mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh
kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman
lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu
menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami
berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian,
maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” (Surah Al-imran:81)
Aqsa
Yang Semakin Dilupakan
Dalam
memperingati peristiwa Israk dan Mikraj ini pada setiap tahun, kita jarang
sekali untuk menceritakan tentang Al-Aqsa yang merupakan ‘watak’ utama yang
penting dalam peristiwa tersebut. Apa yang sering disebut di dalam
ceramah-ceramah, ataupun muhadharah ilmiah, setiap orang yang menceritakan
tentangnya pasti akan memulakan dengan perjalanan Nabi ke Masjidil Aqsa lalu
dimikrajkan ke Sidratul Muntaha. Namun jarang sekali untuk mereka menyampaikan
atau menceritakan tentang situasi yang berlaku kepada saudara seaqidah kita di
sana yang dizalimi oleh Zionis laknatullah.
Sepertimana
yang ditegaskan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam karangan,’ Tarbiyyah
Assiyasah inda Al-Imam Hasan Al-Banna’ yang menceritakan tentang perihal Imam
Al-Banna dalam menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj:
“Bersempena
dengan Israk Mikraj yang diingati setiap tahun, ianya menjadi satu peluang
untuk memperingati situasi di Masjidil Aqsa, diakhiri dengan Israk dan dimulai
dengan Mikraj. Dan beginilah cara yang sesuai yang digunakan oleh Imam Hasan
Al-Banna bagi menghidupkan kesedaran tentang situasi di Aqsa.”[5]
Oleh
sebab itu, memperingati Israk dan Mikraj adalah sama seperti meniupkan semangat
serta kesedaran kepada umat Islam akan kewajipan kita dalam memperjuangkan
pembebasan Al-Aqsa daripada cengkaman Zionis laknatullah. Ini adalah situasi
yang perlu dilihat oleh umat Islam zaman kini bagi menyemarakkan lagi api
perjuangan yang diteladani daripada Rasulullah melalui peristiwa Israk dan
Mikraj yang mulia ini.
Sepertimana
yang diungkapkan oleh Dr. Mahdi Akif yang merupakan Mantan Mursyidul Am
Ikhwanul Muslimin:
"Isu
Palestin adalah isu yang wajib diperjuangkan walau sesaat biarpun ada sahaja
usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh musuh untuk mengaburi isu ini. Justeru,
perbuatan mereka tidak akan berhasil kerana isu Palestin adalah isu yang
sentiasa hidup dalam jiwa raga bangsa Arab dan juga seluruh umat Islam.
Palestin tidak akan dapat dibebaskan kecuali dari tangan pemimpin Islam yang
bertaqwa, bukannya Obama atau pemimpin- pemimpin fasiq lain dan
seumpamanya."
Maka oleh sebab itu, dalam isu penjajahan kaum Bani
Israel (gerakan Zionis) ke atas Palestin, perlu umat Islam untuk mempertahankan
Baitul Maqdis yang merupakan tempat suci bagi umat Islam. Lantaran itu,
mempertahankannya jelas mampu menunjukkan kebersamaan umat Islam dalam membela
nasib saudara seaqidah yang semakin dipijak-pijak oleh Zionis laknatullah. Moga
sinar kemenangan terpancar di sana.
Kaitan
Israk Mikraj Dengan Kerakusan Kaum Bani Israel
Jika diteliti kembali, di dalam surah Al-Isra’, Allah
telah menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj hanya dalam satu ayat yang
tunggal, seterusnya Allah S.W.T mendedahkan tentang kerakusan dan kezaliman
kaum Yahudi dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan terhadap agama Allah. Allah
memperingatkan mereka bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ini
hanya akan memberi hidayah kepada sesuatu yang lebih tulus.[6]
Lantaran kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan
sehingga sanggup mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah dan membunuh
para-para Nabi mereka menjadikan mereka sesuatu kaum yang dilaknat oleh Allah
sehingga ke hari kiamat.
Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsir Al-Munir
menerangkan tentang jenayah yang dilakukan oleh kaum Bani Israel ada dua
perkara yang menyeleweng:
Pertama:
Berpaling daripada kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S dan
membunuh sebahagian Nabi, antaranya Nabi Sya’ya A.S, dan memenjarakan Nabi
Irmiya A.S ketika baginda memberi peringatan kepada mereka.
Kedua:
Membunuh Nabi Zakaria A.S dan Yahya A.S, dan percubaan dalam mebunuh Nabi Isa
A.S.[7]
Kesan daripada itu, mereka menjadi bongkak dan sombong
lalu merasakan bahawa mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah sehingga
hari ini. Mereka masih lagi cuba melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan
pelbagai cara.
Isu penindasan umat Islam di Palestin adalah salah
satu tanda kerosakan dan kezaliman yang mereka lakukan dan sanggup menghalalkan
darah umat Islam yang lain. Maka oleh sebab itu, peristiwa Israk dan Mikraj ini
mengingatkan kepada mereka bahawa sudah tiba masanya memecat kaum yang bongkak
ini daripada menerajui kepimpinan manusia. Lantas Allah S.W.T memindahkan
amanah kepada pemimpin yang baru daripada kalangan Arab yang mampu membawa
manusia ke arah kebaikan. Amanah yang dipindahkan ini juga diiktiraf oleh
seluruh para Nabi yang diutuskan kepada kaum bani Israel .
Resolusi
Persinggahan Nabi ke Masjidil Aqsa adalah mempunyai
tujuan tertentu yang perlu dinilai oleh umat manusia. Ianya bukan sahaja
persinggahan yang biasa, namun ada hikmah disebalik persinggahan tersebut. Pengajaran
sudah banyak dikutip, namun apakah sumbangan kita untuk mengaplikasikan
pengajaran tersebut terhadap kehidupan semasa kita?
Dalam meneruskan kesinambungan perjuangan membawa
risalah tauhid ini, perlu untuk kita meniupkan kembali kesedaran umat manusia
yang semakin lama semakin kabur dengan fitrah yang sebenar. Maka perisitiwa ini
menjadi peluang kepada diri kita untuk bercerita dan menyedarkan kembali umat
manusia ke arah kebenaran.
أصلح نفسك وادع غيرك
“Perbaiki diri, seru pada yang lain”
BIODATA PENULIS
Nama penulis adalah Ustaz Amar Arif Bin Ahmad Po’aad yang
merupakan mahasiswa kuliah Syariah Islamiah tahun 1 Universiti Al-Azhar.
Alhamdulillah ..pg ni smpat lg mndengar ceramah israk mikraj
ReplyDeleteSaya ingin memberikan semua kemuliaan kepada Allah SWT untuk apa yang Dia gunakan Bunda Rahmat untuk melakukan dalam hidup saya. Nama saya adalah kemala cahyono dari kota bekasi di Indonesia, saya seorang janda dengan 3 anak, suami saya meninggal dalam kecelakaan pesawat dan sejak itu kehidupan telah sengsara.
ReplyDeleteSangat kejam bagi saya dan keluarga saya dan saya telah mencoba beberapa kali untuk mendapatkan pinjaman dari bank di Indonesia dan saya ditolak dan ditolak karena saya tidak memiliki jaminan dan tidak bisa mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih.
Pada hari yang didedikasikan ini ketika saya pergi melalui internet, saya melihat kesaksian Ibu Rahma bekerja tentang bagaimana dia mendapatkan pinjaman dari Ny. Grace dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu perusahaan pemberi pinjaman, Grace dan seberapa benar pinjaman itu dari Grace's ibu dan dia mengatakan kepada saya itu benar dan saya menghubungi Ms. Grace dan setelah mengajukan pinjaman saya dan pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 24 jam.
Saya mendapatkan uang pinjaman saya di rekening bank saya dan ketika saya memeriksa akun saya, uang pinjaman saya masih utuh dan saya sangat senang dan saya telah berjanji bahwa saya akan memberikan kesaksian kepada orang lain tentang rahmat ibu perusahaan pinjaman, jadi saya ingin untuk menggunakan media ini untuk memberikan saran kepada siapa saja yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. Grace melalui email: gracealexanderloancompany@gmail.com dan Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya: cahyonokemala@gmail.com untuk informasi serta teman-teman saya Rahma Henny via email: rahmahenny45@gmail.com
Nyonya Grace melalui email: gracealexanderloancompany@gmail.com
CEO Tel.: +1(407)792-5682
WhatsApp: +1(407)792-5682