Wednesday, June 15, 2011

Wacana Biah Solehah : Kesan Zikir Pada Otak


KESAN ZIKIR PADA OTAK


'' Wahai anak Adam,jika kamu berzikir kepadaku di dalam hatimu nescaya aku akan mengingatimu dalam diriku,dan jika kamu berzikir di khalayak ramai nescaya aku akan mengingatimu dalam khalayak ramai yang lebih daripadanya,dan jika kamu menghampiri aku sejengkal,nescaya aku akan menghampiri kamu sehasta dan jika kamu menghampiri aku sehasta, nescaya aku akan menghampiri kamu sedepa,dan jika kamu menghampiri aku berjalan aku akan menghampiri kamu dengan cara berlari. (Hadis riwayat Imam Bukhari)"

Hakikatnya otak manusia mempunyai kesan yang luar biasa terhadap zikir yang disebut oleh manusia muslim khususnya. Sebenarnya otak manusia mengandungi bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugasan tertentu yang berfungsi agar tugasan tersebut sempurna. Antaranya adalah :

Aliran bio-elektrik yang berlaku di kawasan saraf otak mampu mengaktifkan seluruh kawasan otak manusia.

Menambah tenaga bio-elektrik serta membantu saraf otak yang tidak aktif menjadi lebih aktif.

Dapat menguruskan segala aktiviti manusia seharian dengan lebih baik.

Menguatkan daya ingatan manusia serta kecerdasan dan membantu kemampuan seseorang inidvidu.

Zikir yang dikatakan di sini bukanlah zikir yang dilakukan selepas solat sahaja malahan zikir pada setiap masa dan ketika selagi mana Allah tidak mengambil kita untuk kembali kepadanya. Zikir boleh diamalkan adalah ketika mana kita menunggu bas, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Amat rugilah bagi mereka yang masih lalai dan mengambil enteng terhadap amalan zikir. Terlalu banyak fadhilat yang Allah berikan terhadap mereka yang sentiasa mengamalkan zikrullah.

" Langit yang tujuh, bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dan memujiNya. Tetapi kamu sekelian tidak mengetahui akan tasbih mereka.Sesungguhnya Dia adalah maha penyantun dan maha pengampun." (Surah Al-Israa' 17:44)

Lihatlah bagaimana sekelian alam malahan hidupan di laut dan di darat semua berzikir dan bertasbih memuji Allah. Oleh itu sahabat-sahabat seislam, ketika saintis barat mengkaji mukjizat ini kita umat Islam telah lama mengamalkannya. ingatlah setiap apa yang Allah perintahkan pasti ada hikmah di sebalik kelebihan yang Allah kurniakan. Oleh itu sama-samalah kita mengorak langkah baru untuk kita sentiasa dijaga dan diingati oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...