Home » » Kepimpinan Dan Ahli Saling Memerlukan

Kepimpinan Dan Ahli Saling Memerlukan


KAHERAH, 24 Jun - Ehya’ al-Jum’ah selagi lagi mengisi ruang rohani untuk kita bersama. Biarpun imtihan sedang berjalan rancak, namun kehadiran tetap membanggakan.

Pentazkirah kali ini disampaikan oleh saudari Huzaifah binti Hassan. Penuntut tahun akhir, kuliah Syariah Islamiah, Kaherah.

Nasihat beliau pada hadirin yang hadir, antara sebab kukuhnya sesuatu persatuan itu adalah pemimpin dan ahli saling bantu membantu. Pemimpin memerlukan ahli, begitu juga ahli memerlukan kepimpinan.

“Maka fahamlah di sini, kita semua mempunyai peranan masing-masing. Kita semua ada posisi yang perlu kita gerakan. Yang paling penting tugasan itu selari dengan pandangan syara’.” Ucap beliau di dalam tazkirah tersebut.

“Dunia sekarang ini tiada masa untuk bercakap banyak tetapi banyakkan berfikir dan terus bekerja”. Sambung beliau lagi.

Pada sebelah pagi pula, tazkirah disampaikan oleh saudara Muhamad Saiful bin Mohamad Kamal. Beliau penuntut tahun satu, kuliah Lughah Arabiah, Kaherah.

Beliau menyentuh di dalam ucapannya berkenaan dengan masa. “Masa amat penting bagi kita, tambahan pula kita sebagai seorang penuntut ilmu. Maka rugilah kalau kita tidak menghargainya”.

“Masa yang lepas tidak akan kembali lagi, yang tinggal masa sekarang dan masa akan datang”. Sambung beliau sambil bermadah dan berhikmah.

“Imam an-Nawawi rahimahullah anhu semasa hidupnya, banyak masanya dihabiskan dalam belajar, mengajar dan mengarang kitab.”

“Buktinya kita boleh lihat sekarang hasil kesungguhan beliau dalam ilmu, banyak kitab-kitab mu’tabar yang menjadi rujukan ilmuan-ilmuan Islam dan masyarakat sekarang. Sehinggakan beliau terlupa untuk berkahwin semasa hidupnya kerana kesibukan dalam bidang ilmu”. Imbauan kepada sejarah di sebalik nama imam yang tersohor itu.

Oleh itu, KPIPM mengajak sahabat-sahabat merenung kembali apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam. Moga kita menjadi mata rantai dalam memperjuangkan Islam! Semoga Ehya’ al Jum’ah kali ini mendapat kebaikan untuk kita bersama. Salam imtihan.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger