Home » » Ilmu Tunjang Dalam Gerakan Dakwah

Ilmu Tunjang Dalam Gerakan Dakwah


KAHERAH,16 Jun - Ehya’ al-Jum’ah sekali lagi mengisi ruang santapan rohani buat kita semua. Pada kali ini, tazkirah disampaikan oleh saudara Muhammad Shazni bin Mazlan. Penuntut tahun satu perubatan al-Azhar, Kaherah.

Beliau telah menyentuh mengenai asal kejadian manusia. Allah menciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah dan manusia selepasnya daripada nutfah.

Nasihat beliau lagi pada hadirin yang hadir, “ Jiwa kita ini dekat dengan Allah, jika kita melupakan Allah maka kita telah jauh daripada Allah. Kalau kita jauh daripada Allah, maka nur illahi akan jauh daripada kita”.

Di sebelah pagi pula, tazkirah Subuh telah disampaikan oleh saudari Nor Aishah binti Zolkafli. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Kaherah.

“ Kesan maksiat pada diri akan menyebabkan sukarnya untuk mempelajari ilmu dan hidup sentiasa di dalam kegelapan ”. Pesanan beliau.

“Kata imam as-Syafie, ilmu itu adalah cahaya, kerana itu ilmu tidak akan diperolehi bagi mereka yang melakukan maksiat”. Sambung beliau lagi.

Ehya’ al Jum’ah kali ini melihatkan gabungan pelajar perubatan dan pengajian Islam.

Dan ini membuktikan usaha yang dilakukan adalah untuk memastikan seluruh ahli KPIPM dapat dicorak bagi menghadapi cabaran yang luas di tanah air nanti.

Ehya’ al-Jum’ah sentiasa membuka ruang bagi sahabat-sahabat untuk berkongsi ilmu dan secara langsung dapat melatih diri untuk berani berhadapan dengan masyarakat kelak.

Medium seperti tazkirah adalah salah satu aspek penting dalam gerakan dakwah di Malaysia. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan mendapat manfaatnya.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen yang terbaik dalam setiap program yang KPIPM anjurkan. Selamat menghadapi peperiksaan.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger