Sunday, June 12, 2011

Ehya' Jum'ah : Kombinasi Ilmu Teras Kejayaan

KAHERAH, 10 Jun - Program Ehya’ al-Jum’ah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah sekali lagi mengisi ruang rohani.

Kali ini, KPIPM mendatangkan pentazkirah jemputan daripada pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM Pusat iaitu saudari Nurul Nadhirah Bt Aw. Mohd Nor.

Beliau adalah merupakan penuntut tahun dua Qiraat, Mansoura. Memegang jawatan sebagai Bendahari HEWI PMRAM 2011 merangkap HEWI angkat bagi PMRAM cawangan Perak (KPIPM).

Beliau mengingatkan kepada seluruh mahasiswa akan kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai salah satu cara utama untuk merawat penyakit hati.

Tambah beliau lagi, “ Setiap penyakit ada ubatnya, dan ubat untuk merawat penyakit hati adalah dengan mengingati Allah”.

Seterusnya, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan lagi dengan mengadakan Qiamullail Perdana bersempena peperiksaan yang sedang dijalani.

Program diakhiri dengan Tazkirah Subuh oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab Universiti al-Azhar, Kaherah.

Beliau menyatakan bahawa setiap mahasiswa Islam wajib menyatukan di antara ilmu Tasawwuf dan ilmu Fiqh, dan itu adalah yang sebenar-benarnya.

Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni beserta adab sangat penting bagi seseorang penuntut ilmu.

Perkara penting yang diperolehi daripada Ehya’ al-Jum’ah kali ini adalah perlunya kombinasi diantara kepentingan mempelajari ilmu dan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang dihadapi dalam kehidupan.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa/wi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di atas penglibatan di dalam Program Ehya’ Jum’ah.

Semoga dengan kehadiran yang memberangsangkan ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping memperoleh pengisian rohani.

Didoakan juga agar kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T serta dipermudahkan menghadapi peperikasaan yang sedang mendatang. Selamat menghadapi peperiksaan.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...