Home » » Ehya al-Jum'ah : Peranan Kita

Ehya al-Jum'ah : Peranan Kita

KAHERAH, 2 Jun - Ehya’ al Jum’ah sekali lagi mengisi ruang rohani kita bersama. Selesai bacaan Yaasin, disambung seperti biasa dengan tazkirah ringkas. Pentazkirah kali ini adalah saudara Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil yang merupakan pemangku pengerusi penasihat KPIPM pada sesi ini. Beliau juga merupakan penuntut Universiti al-Azhar tahun akhir, syu’bah Akidah Falsafah, Kaherah.

Beliau menyebutkan berkenaan tentang kesedaran kita yang sedang menuntut di bumi Anbiya’ ini.

“Hijrah pertama oleh umat Islam adalah berhijrah ke Habsyah. Seramai empat belas orang terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan selebihnya adalah kaum wanita. Tujuan hijrah untuk menyebarkan Islam”. Beliau cuba mengimbau sirah awal Islam.

“Hari ini kita datang Mesir bukan hanya suka-suka tetapi matlamat kita untuk menyebarkan Islam di Malaysia kelak”. Beliau akhiri dengan berpesan kepada hadirin yang hadir.

Majlis diteruskan dengan solat Sunat Hifzi yang diimamkan oleh saudara Muhammad Farid bin Safian dan saudara Mohd Alias bin Azis.

Solat Sunat Hifzi ini adalah malam ketiga dan malam terakhir pada kali ini yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Tarbiah sempena musim peperiksaan semester dua.

KPIPM sentiasa menggalakkan semua agar dapat meneruskan ibadah ini sekalipun secara individu biarpun selepas peperiksaan selesai.

Di sebelah pagi pula, Tazkirah Subuh disampaikan oleh saudari Mardhiah binti Ahmad Sahim, penuntut tahun satu kuliah Usuluddin, Kaherah.

Nasihat beliau agar kita semua selalu muhasabah diri, mendisplinkan diri sebagai penuntut ilmu dan bermujahadah dalam kerja-kerja dakwah secara umumnya.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ahli-ahli KPIPM dalam menjayakan majlis ini. Ehya’ al-Jum’ah menutup tirai minggu ini mengajak sahabat-sahabat sekalian agar tidak lupa peranan kita sebagai mata rantai pembawa risalah nabi Muhammad S.A.W.

Semoga usaha ini dapat dipermudahkan oleh Allah dalam imtihan kita bersama. Selamat menghadapi peperiksaan.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger