Friday, December 10, 2010

Motivasi Kecemerlangan : "Kita perlu menjadi seperti Super Market"


Kaherah,9 Disember – Yang patah tumbuh,yang hilang berganti. Begitulah perumpamaan yang digunakan setelah mendengar Motivasi Kecemerlangan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Nashar Bukhari bin Ahmad Aidin Tamim.

Beliau yang berasal daripada Jawa Barat,Indonesia telah menamatkan pengajian di dalam kuliah Usuluddin di jabatan Hadith dan sedang menunggu keputusan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Al-Azhar.

Sebelum majlis motivasi bermula,majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yasin,disusuli dengan solat Isya’ dan solat sunat Hifzi berjemaah. Sejurus 15 minit kemudian, Motivasi Kecemerlangan diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

Seterusnya,tibalah masa bagi Ustaz Abu Nashar Bukhari mengambil alih majlis dalam memberikan kalam-kalam semangat dan motivasi kepada para pendengar yang hadir.

“Dalam kita berusaha untuk menuju kejayaan di dalam akademik,jangan kita lupa bagi mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita. Ini sangat penting sekali bagi kita sebagai penuntut ilmu di Bumi Anbiya’ ini”. Ujar beliau ketika berkongsi resepi kejayaannya selama ini.

Setelah hampir satu jam setengah bercerita,berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar,majlis berpindah kepada sesi soal jawab bersama hadirin.

“Kita perlu bijak di dalam membahagikan masa,samada masa berpesatuan dan masa belajar. Kedua-duanya sama penting. Ibarat satu duit syiling yang mempunyai dua bahagian,satu bahagian belajar dan satu bahagian lagi persatuan. Dua perkara yang tidak boleh dipisahkan sama sekali”. Jawab beliau ketika ditanya mengenai masalah pembahagian masa belajar dan berpesatuan.

Malam tersebut menyaksikan interaksi yang baik diantara para hadirin dan penceramah dengan pelbagai soalan yang diajukan bagi merungkai permasalahan yang timbul.

“Nasihat terbaik bagi semua penuntut ilmu di sini ialah jadilah seperti super market,kerana di dalamnya terdapat keperluan yang sentiasa di cari oleh semua pelanggan. Kita perlu menyiapkan diri dengan apa yang masyarakat inginkan. Dengan erti kata lainnya,mahir di dalam semua bidang,samada bidang Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab”. Nasihat beliau sebelum mengakhiri motivasi kecemerlangan malam tersebut.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...