Monday, December 6, 2010

MB Amali : Hadiqah Athfal menjadi saksi ukhuwah akrab


Kaherah ,3 Disember – Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah HEWI ( BTKKR ) dengan kerjasama Lajnah Nuqaba’ KPIPM 10/11 telah berjaya mengumpulkan hampir 10 fasilitator dan ahli-ahlinya,yang berjumlah hampir 65 orang. Di mana pada hari ini telah diadakan “Hari Riadhah Akhawat “ yang bertempat di Hadiqah Athfal,Haiyyu Thamin.

Kira-kira pada jam 9.00 pagi, kami telah bertolak ke Hadiqah Athfal dengan menaiki bas yang telah disewakan dan kami sampai di sana pada jam 9.20 pagi.

Antara aktiviti yang diadakan di sana,senaman ringan, pertandingan bola jaring serta satu jenis sukaneka yang dinamakan sebagai ‘Sungai Beracun’.

Setelah penat beraktiviti, tepat jam 11.30 tengahari, diadakan majlis penutup. Ianya diisi dengan kesimpulan yang didapati pada hari riadhah ini dari ahli-ahli kumpulan.

“Aktiviti riadhah ini menjadi peluang bagi kita bersuai kenal dalam membina ukhuwah sesama kita”. Ujar seorang peserta ketika diminta membuat kesimpulan.

Di akhirnya, penyampaian hadiah pertandingan bola jaring serta cenderahati khas untuk semua yang hadir telah disampaikan oleh saudari Huriyyah Abdul Mokti, wakil HEWI PMRAM bersama saudari Norul Aimi Mohamad Razi, Ketua HEWI KPIPM.

Setelah selesai majlis tersebut, semua yang hadir membantu bekerjasama mengemas tempat yang digunakan. Tepat jam 1.00 petang, kami bertolak pulang ke Wisma A dengan menaiki coster yang ditempah.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...