Monday, December 13, 2010

Dua aktivis KPIPM pulang ke tanah air



Kaherah,12 Disember – KPIPM terasa kehilangan setelah dua orang pejuang hebat pulang ke Malaysia semalam. Mereka ialah saudara Azizuddin Aznan dan saudara Abdul Hadi Ab. Rahman.

Kedua-dua mereka adalah merupakan graduan Al-Azhar di kuliah Syariah Islamiah,Kaherah. Kecemerlangan mereka perlu dicontohi oleh semua kerana mereka bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik malah boleh dinobatkan sebagai tenaga penggerak di Mesir.

Mereka juga aktif di dalam membantu PMRAM dan KPIPM. Ini dibuktikan dengan penglibatan mereka di dalam tampuk kepimpinan di sini. Saudara Azizuddin Aznan adalah merupakan mantan Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM sesi 2008,mantan Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2007-2008 dan mantan Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah KPIPM sesi 2008-2009.



Manakala saudara Abudl Hadi Ab. Rahman merupakan mantan Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah KPIPM sesi 2007-2008,mantan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2008-2009 dan juga mantan Timbalan Pengarah PESAT(Pusat Tenaga PMRAM) 2010.

Sebelum pulang,mereka sempat bersama dengan AJKT KPIPM di dalam majlis Wada’ Jumaat lalu.

“Sebagai kepimpinan,kita perlu sentiasa berfikir langkah dan cara bagi orang tertarik dengan Islam yang KPIPM cuba bawa”. Rangsang saudara Azizuddin ketika memberikan kata-kata semangat.


“Kita sebagai pimpinan perlu berasa beruntung kerana kita terpilih oleh Allah S.W.T untuk menimba pengalaman yang bukan semua orang rasai”. Kata saudara Hadi ketika berucap.

Semoga kepulangan dua pejuang Mesir ini bukanlah menjadi satu kehilangan tapi ia menjadi titk permulaan kepada generasi baru dalam mengambilalih tempat mereka bagi meneruskan rantai-rantai perjuangan di Mesir ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM