Friday, December 17, 2010

KPIPM menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432H anjuran WAAG



Kaherah,14 Disember - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432H anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates (WAAG) yang bertempat di Azhar Conference Center (ACC). Yang Dipertua,saudara Khairul Ashraf Mohd Khir yang diiringi Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah,saudara Amilrol Anua Osman telah hadir bagi mewakili KPIPM di dalam majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PMRAM,saudara Shahrizan Mohd Hazime, beberapa wakil Badan Pengurus PMRAM dan wakil-wakil bagi Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain. Antara yang hadir dalam majlis berkenaan kebanyakannya merupakan pelajar dan lepasan al-Azhar yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Bangladesh. Juga turut hadir bersama wakil-wakil kedutaan Malaysia Kaherah.



Majlis bermula dengan alunan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh pelajar Bangladesh, kemudian bacaan doa oleh Syeikh Dr.Jamal Farouq. Di dalam majlis tersebut turut hadir bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani dan Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil bagi menyampaikan ucapan.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan pidato oleh pelajar yang kebanyakan berasal dari Malaysia. Majlis turut dihidangkan dengan persembahan syair, qasidah, burdah dan beberapa persembahan nasyid. PMRAM turut menghantar kumpulan nasyid al-Wadi bagi membuat persembahan nasyid secara langsung menaikkan nama PMRAM di peringkat al-Azhar. Nasyid tersebut menjadi penutup tirai majlis pada malam tersebut

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...