Home » » USBU' THAQAFI 2015: Mahasiswa Berthaqafah Tonggak Generasi Ilmuwan

USBU' THAQAFI 2015: Mahasiswa Berthaqafah Tonggak Generasi Ilmuwan

KAHERAH, 23 Ogos 2015 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir  telah menganjurkan sebuah program ilmiah iaitu USBU' THAQAFI 2015 (THAQAFI ‘15) yang bertemakan “Mahasiswa Berthaqafah, Tonggak Generasi Ilmuwan”. Program yang sepenuhnya di bawah anjuran Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2014/2015 dengan kerjasama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak ini telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari bermula pada 23 Ogos sehingga 26 Ogos 2015 bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan kefahaman tentang kepentingan ilmu kepada ahli KPIPM dan memaksimakan suasana ilmu di dalam Wisma Perak serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli.



Program ini dimulai dengan pembacaan kitab Hadis Matan Arbain yang disampaikan oleh Fadhilatul Syeikh Dr. Rifaat Fauzi bin Abdul Mutalib pada hari pertama. Pada keesokan harinya seawal jam 4.30 pagi, bermula pembacaan kitab Ta’alim Al-Muta’alim yang dijalankan selama 3 hari berturut-turut yang  telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Sufian, selaku Setiausaha Agung BKASM sesi 2014/2015. Program diteruskan lagi pada sebelah malamnya  dengan forum mahasiswa intelek yang bertajuk “Kemelesetan Ekonomi Malaysia: Caknakah kita??” yang menampilkan dua orang ahli panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz bin Ali, Mahasiswa Master Bahasa Arab Jabatan Usul Lughah, Universiti Al-Azhar dan Saudari Hani Izzati binti Yaakub, Mahasiswi Kuliah Perubatan tahun 5 Cawangan AL-Azhar serta seorang moderator iaitu Saudara Abdul Fattah bin Abdul Ghafar, Mahasiswa Kuliah Perubatan tahun 4 Cawangan Al-Azhar. Pengisian hari ketiga THAQAFI ’15 diteruskan lagi pada sebelah malam iaitu sambungan pembacaan kitab Hadis Matan Arbain.Program ini diakhiri dengan Muhadharah Ammah yang telah disampaikan oleh Fadhilatul Syeikh Hisyam Kamil Al-Azhari pada hari yang keempat (26 Ogos 2015). Fadhilathul Sheikh di dalam muhadharahnya sangat menekankan  peranan kita sebagai mahasiswa Islam Al-Azhar. Program berbentuk pengisian thaqafah ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada anak-anak Perak dan juga individu luar.




Semoga program thqafah sebegini dapat menjadi pemangkin semangat cintakan ilmu dalam kalangan ahli KPIPM seterusnya dapat membentuk generasi ilmuwan muda sepertimana yang telah digarap melalui Kempen Ilmuwan Muda Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2014/2015.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger