Thursday, September 10, 2015

RIANG RIA FAMILY RAYA ( RIA'15 ) : JALINAN JIWA MENGGAMIT SUASANA

KHAMIS - AHAD, 16 - 19 JULAI 2015 - Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah dan Jabatan Yang Dipertua  Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dengan kerjasama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak telah mengadakan satu program untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan seluruh anak-anak Perak yang berada di bumi Mesir ini yang dinamakan Riang Ria Family Raya ( RIA'15 ). Menyusur dengan tema "Jalinan Jiwa Menggamit Suasana" Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM membawakan RIA'15 bertemakan kekeluargaan sesuai dengan beberapa objektif yang telah digariskan . Antaranya mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli Perak serta menggilap bakat ahli Perak melalui aktiviti kesenian yang telah disusun. Ahli-ahli Perak telah dibahagikan kepada beberapa  kumpulan, ikhwah dengan 6 kumpulan, manakala akhawat dengan 4 kumpulan. Semua nama kumpulan tersebut dipilih berdasarkan tema yang dipilih iaitu tema ' kampung ' . Antara nama kumpulan di sebelah ikhwah adalah Sungai Patin, Sungai Kelah, Sungai Pari, Sungai Lampam, Sungai Pepuyu dan Sungai Keli, manakala disebelah akhawat , kumpulan Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang serta Mak Su.


                                   

RIA'15 berlangsung selama empat hari, bermula dengan Malam Perutusan dan Perasmian Riang Ria Family Raya ( RIA'15 ) yang dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM Sesi 2014/2015 , Saudara Muhammad 'Asri Bin Mohd Salim . Program RIA'15 diteruskan pada hari kedua bersamaan 1 Syawal 1436 h dengan solat sunat hari raya Aidilfitri di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir di bawah anjuran Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir. Seusai Solat Sunat Aidilfitri, para pimpinan AJKT dan AJK HEWI KPIPM telah mengadakan ziarah ke rumah- rumah sewa ahli Perak yang berada di sekitar Kaherah. Program ini bersambung pada malam dengan acara di sebelah ikhwah, BBQ dan Malam Tayangan Perdana , manakala di sebelah akhawat telah diadakan Malam Aspirasi Seni bagi menggilap bakat-bakat dalam kalangan ahli HEWI KPIPM. Antara pertandingan kesenian yang dipertandingkan adalah Sketsa Raya, Musical Raya, Boria Raya dan Iklan Raya. Acara berakhir pada jam 11.30 malam.

                                     

Keriangan raya diteruskan lagi pada hari ketiga , bersamaan 2 Syawal 1436 h dengan aktiviti indoor. Acara indoor ini bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Acara "Suka Ria Raya" disebelah ikhwah mempertandingkan tiga acara, antaranya Tebar Roti Canai, Cabaran Teh Tarik serta Gubahan Buah. Manakala di sebelah akhawat pula dinamakan “Riang Ria Raya” mempertandingkan tiga acara juga iaitu Explorace Raya, pertandingan menganyam ketupat serta Fashion of The Year. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat menerusi ketiga- tiga acara tersebut, memeriahkan lagi suasana program. Di sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan dengan aktiviti rewang ikhwah dan akhawat bagi persediaan rumah terbuka Aidilfitri pada keesokan harinya.

                                     

Kini tibalah masa yang dinanti- nantikan , pada hari keempat bersamaan 3 Syawal 1436 h Keluarga Pelajar- pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan  Rumah Terbuka Aidilfitri KPIPM yang berlangsung di Baitul Rahman. Rumah terbuka ini bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 4 petang . Jelas terpancar kegembiraan pada setiap tetamu yang hadir walaupun berjauhan dengan keluarga di Malaysia. Setelah berlangsung selama empat hari , kini tibalah upacara Malam Penutup Riang Ria Family Raya ( RIA'15 ). Malam penutup RIA'15 telah dirasmikan oleh Penasihat KPIPM Sesi 2014/2015 , Saudara Muhammad Ainuddin Bin Mohd Ishak. Acara diteruskan lagi dengan dua persembahan dari Usrah Al- Muhazirun iaitu di bawah kelolaan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM. Hadirin dihiburkan dengan persembahan pertama dari Usrah Al- Muhazirun iaitu persembahan silat yang diketuai oleh Saudara Amirul Fahmi bin Zulkifli seterusnya persembahan kedua dari kumpulan nasyid Usrah Al- Muhazirun . mereka mendendangkan tiga buah lagu raya. Lebih menarik lagi mereka menjemput Yang Dipertua KPIPM , Saudara Muhamad 'Asri Bin Mohd Salim serta Pengarah Program RIA'15 , Saudara Azri Syazwan Bin Ahmad bersama-sama mempersembahkan nasyid pada malam penutup tersebut. Kemudian, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang program RIA'15 , dimulakan penyampaian di sebelah ikhwah . Kumpulan terbaik ( ikhwah ) disandang oleh kumpulan Sungai Patin, manakala di sebelah akhawat , kumpulan terbaik disandang oleh kumpulan Mak Ngah , persembahan terbaik untuk Malam Aspirasi Seni Akhawat dimenangi oleh kumpulan Mak Long . Majlis berakhir pada jam 11.30 malam dengan jamuan ringan. 
                                     
Besarlah harapan dari pihak kami Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 agar program- program sebegini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang yang padu serta jalinan  ukhwah yang kukuh di antara semua ahli Perak di bumi Mesir ini dan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berbakat dalam pelbgai bidang walaupun di mana posisi sekalipun.

                                     
"Jalinan Jiwa Menggamit Suasana"
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"


1 comment:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...