Thursday, September 10, 2015

SANTAI'15 SEMARAKKAN JIWA MERDEKA

KAHERAH, 29 OGOS 2015 – Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 di bawah Biro Tabung kebajikan Kesenian dan Riadah telah mengadakan Program Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 bertemakan “Semarakkan Jiwa Merdeka”  yang diberi nama Santai Anak Merdeka 2015 (SANTAI’15). Pada tahun ini KPIPM telah membawakan 3 elemen penting dalam menjayakan sambutan kemerdekaan ini, iaitu kemerdekaan, kemanusiaan dan kesenian. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Ogos 2015. Pada 29 Ogos, ahli KPIPM telah disajikan dengan aktiviti santai  seperti pertandingan futsal bagi peringkat ikhwah yang telah diadakan di Nadi Syabab Musallas dan aktiviti indoor bagi peringkat akhawat yang diadakan pada malam harinya di Baitul Ridzuan.


                Program ini telah melabuhkan tirainya dengan sebuah Wacana Kemanusiaan yang bertajuk “Humanity And Our Acts” yang bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi,Baitul Ridzuan pada 30 Ogos 2015. Wacana ini telah dikendalikan oleh Saudara Amar Arif B. Ahmad Po’aad selaku moderator dan 2 orang panel iaitu Saudara Ahmad Shahir B. Jalaluddin dan Saudara Ahmad Shakir B. Muhammad Faleh Lai. Wacana ini membawakan kepada ahli tentang isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia dan peranan mahsiswa dalam menghadapi isu ini. Wacana ini telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para pengisi. Kemudian majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan futsal ikhwah, pertandingan indoor akhawat dan diakhiri dengan jamuan merdeka.


                Sambutan dari kalangan ahli KPIPM terhadap program ini amatlah memberangsangkan dan membanggakan. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang agar dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli sekaligus dapat meningkatkan lagi semangat patriotik yang ada dalam diri anak Malaysia di Perlembahan Nil ini.


No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM