Wednesday, February 25, 2015

EKSPEDISI SINAI'15 | JAULAH YANG MERIBAT UKHUWWAH ISLAMIAH




EKSPEDISI SINAI ‘15


15 FEBRUARI 2015: Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di bawah kelolaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan satu rehlah ke Semenanjung Sinai sempena cuti musim sejuk pada 15 hingga 17 Februari 2015. Rehlah ini yang diberi nama Ekspedisi Sinai ’15 bertujuan bagi mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli KPIPM selain daripada mengambil ‘ibrah daripada kisah-kisah para anbiya dan kaum-kaum terdahulu serta dapat mempraktikkan sunnah mengembara. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat ke 42:

42. Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang Yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".


Ekspedisi Sinai ’15 ini telah berjaya mengumpulkan ahli KPIPM seramai 48 orang bagi menjayakannya yang terdiri daripada semua peringkat ahli sama ada mahasiswa baru mahupun mahasiswa yang lama.

      Ekspedisi ini memulakan perjalanan tepat jam 3.00 pagi pada 15 Februari 2015. Doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz Abdul Rahman bin Sarwani selaku Adhoc Disiplin dalam ekspedisi kali ini. Bertolak dari mahkamah yang berhampiran dengan Baitul Rahman (Wisma A) seterusnya singgah menunaikan solat Subuh di Noktah Hasanah. Ekspedisi tiba di Noktah Hasanah sekitar jam 4.30 pagi. Noktah Hasanah ini merupakan perhentian rehat untuk kenderaan yang mahu memasuki Terowong Ahmad Hamdi bagi melintasi Terusan Suez. Semua peserta diberikan penerangan oleh mushrif penerangan iaitu Ustaz Muhammad Nadzir bin Jamaluddin.

          Terowong ini dibina bagi menyambung bumi Mesir yang terpisah kepada dua benua iaitu Benua Afrika di sebelah Barat dan Benua Asia Barat di sebelah Timur. Terowong ini dibina pada tahun 1981 setelah Mesir berjaya menguasai semula bumi Semenanjung Sinai daripada jajahan Israel. Terowong ini bertujuan bagi mengangkut kereta kebal dan lain-lain ke Semenanjung Sinai bagi memudahkan Mesir menghadapi sebarang kemungkinan serangan daripada Israel. Nama terowong ini diambil bersempena dengan nama Panglima Perang yang mencetuskan idea penggalian terowong ini.

       Setelah selesai solat Subuh secara berjemaah, ekspedisi diteruskan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2014/2015, Ustaz Muhammad ‘Asri bin Mohd Salim. Yang Dipertua menekankan tentang ekspedisi ini adalah bagi sama-sama menambah thaqafah terhadap perjalanan sirah nabi-nabi terdahulu bertepatan dengan usul yang telah disepakati bersama iaitu “ Mengupayakan mahasiswa/mahasiswi Perak untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan thaqafah.” Sebelum ucapan perasmian, majlis diserikan dengan ucapan oleh Pengarah Ekspedisi Sinai ’15 iaitu Ustaz Muhamad Saiful bin Ahmad Padli selaku Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah sesi 2014/2015.

           Seusai majlis perasmian, ekspedisi meneruskan perjalanan ke Semenanjung Sinai pada jam 6.30 pagi menerusi Terowong Ahmad Hamdi. Rata-rata peserta berasa teruja apabila melalui terowong yang berada di bawah dasar laut Terusan Suez. Peserta difahamkan panjang keseluruhan Terusan Suez adalah 163 KM yang menghubungkan Teluk Suez di bahagian Selatan dan Laut Tengah di bahagian Utara. Manakala lebar terusan ini adalah antara 120 meter sehingga 200 meter. Terusan Suez ini telah dibina pada tahun 1859 dan siap 10 tahun kemudian dan mula digunakan secara rasmi pada tahun 1870. Terusan Suez dibina bagi memudahkan kapal-kapal membawa barang dagangan dari Eropah di Utara ke Asia di bahagian Selatan. Terusan ini telah dibina oleh Ferdinand Vicomte de Lesseps seorang Insiniur daripada Perancis.




        Selesai melintasi terowong, kesemua peserta ekspedisi telah berada di Semenanjung Sinai yang terletak di Benua Asia. Destinasi pertama yang dituju adalah Kubu Barliev yang merupakan tapak peninggalan kubu Israel yang datang menjajah Sinai pada tahun 1967. Sebenarnya Semenanjung Sinai ini tidak kurang daripada 15 kali cubaan kuasa-kuasa luar bagi menguasainya. Jadi pada tahun 1967, Israel telah berjaya menawan Semenanjung Sinai dalam Perang 6 Hari. Setelah berlalu tempoh beberapa tahun, Mesir akhirnya di bawah pemerintahan Presiden Anwar Sadat telah bergabung kekuatan dengan Syria yang dipimpin oleh Hafiz Asad. Serangan bagi mengembalikan semula maruah Mesir ke atas Sinai telah dilancarkan pada 6 Oktober 1973. Peperangan ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang jatuh tepat pada hari perayaan kaum Yahudi yang dikenali sebagai Yom Kippur. Justeru, peperangan ini dinamakan sebagai Peperangan 6 Oktober atau Perang Yom Kippur. Setelah bertaruh nyawa bagi mengembalikan kedaulatan Mesir ke atas bumi Sinai, akhirnya peperangan ini berakhir setelah lebih kurang 20 hari tercetus. Dan Kubu Barliev ini merupakan kubu terakhir yang berjaya ditawan oleh tentera Mesir setelah teknik serangan diubah apabila Syeikh al-Azhar pada ketika itu Syeikh Abdul Halim Mahmud mendapat ilham daripada Allah SWT. Tentera Mesir yang dipimpin oleh Anwar Sadat pada waktu itu diarahkan untuk menyembur air ke kawasan padang pasir tersebut sehinggalah tersingkap semua kubu yang berada di bawahnya. Jadi peluang ini diambil oleh tentera Mesir bagi menyerang kubu ini yang diberi nama Kubu Barliev yang diambil semperna nama Panglima Israel yang mengawasi kawasan ini.


Kemudian tepat jam 8.15 pagi, ekspedisi diteruskan ke ‘Uyun Musa yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari Kubu Barliev. Peserta ekspedisi diberitahu bahawasanya di sinilah terdapat 12 telaga yang digali oleh 12 puak daripada kalangan Bani Israel. Tetapi kini hanya tinggal 3 sahaja. Menurut kisah perjalanan Nabi Musa a.s, setelah selamat daripada buruan Firaun yang akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di dalam Laut Merah, semua pengikut Nabi Musa a.s kehabisan sumber air bersih bagi dijadikan minuman. Lalu Nabi Musa a.s memerintahkan setiap satu puak daripada kaumnya menggali telaga sendiri. Kawasan ‘Uyun Musa ini terletak betul-betul di sebelah Teluk Suez di Laut Merah dan dikhabarkan di sinilah tempat terbelahnya laut apabila Nabi Musa menunjukkan mukjizatnya dengan menghayunkan tongkatnya ke Laut Merah. Kisah ini Allah sematkan dalam Al-Quran di dalam Surah Asy-Syu’araa ayat ke 60-68:

60. Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
61. Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa:    
      "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".
62. Nabi Musa menjawab: "Tidak! jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), ia akan menunjuk jalan kepadaku".
63. Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
64. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
65. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
66. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
67. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
68. Dan Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



          Seterusnya ekspedisi diteruskan dengan melawat ‘Uyun Ayyub a.s yang terletak hanya 300 meter dari ‘Uyun Musa. Telaga ini masih lagi mengeluarkan air mata air yang mencurah-curah keluar dari bumi. Kesahihan telaga ini yang dikatakan milik Nabi Ayyub a.s masih lagi menjadi perbincangan. Ada yang mengatakan ianya adalah milik kaum Bani Israel dan ada pendapat yang mengatakan ianya adalah kepunyaan Nabi Ayyub a.s sepertimana diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dalam Surah Sod ayat 41-42:

                 
41. Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
42. (maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

Namun, peserta diingatkan ianya hanyalah perbezaan dalam cabang sejarah yang tidak melibatkan kepada penyelewengan aqidah.


       Tepat jam 9.30 pagi, ekspedisi diteruskan lagi dengan iringan daripada konvoi pihak berkuasa tempatan iaitu pihak polis. Kesemua kenderaan yang melibatkan kewarganegaraan selain Mesir pasti akan diiring dalam satu konvoi untuk ke selatan Sinai. Tindakan ini dibuat hanyalah semata-mata mahu memastikan keselamatan pelancong ketika dalam perjalanan ke destinasi pelancongan. Setelah hampir setengah jam perjalanan, Ekspedisi Sinai ’15 KPIPM terpaksa berpatah balik dan menuju ke Hammam Firaun setelah terpisah daripada bas yang lain yang singgah di Hammam Firaun. Peluang yang amat jarang didapati ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Semua peserta turun dari bas dan berjalan kaki sejauh 200 meter untuk sampai kepada Hammam Firaun yang terletak berhampiran Laut Teluk Suez. Hammam Firaun ini adalah tempat mandi wap Firaun pada waktu pemerintahannya dahulu. Ianya adalah sebuah gua batu yang mengeluarkan haba sauna yang amat baik untuk kesihatan kulit badan manusia. Menurut cerita, Firaun akan datang ke gua ini bagi mengubati penyakitnya. Peserta ekspedisi terpaksa merangkak ketika memasuki gua ini sedalam 20 meter sebelum sampai ke dasar gua ini yang dipenuhi dengan haba wap yang dihasilkan di dalam gua ini. Rata-rata peserta ekspedisi hanya mampu bertahan selama 10 minit ketika berada di dalam gua ini kerana wapnya yang begitu panas menyukarkan pernafasan. Bagi peserta yang cukup stamina bagi menyusur gua ini untuk sampai di dasarnya, mereka terpaksa menggunakan lampu suluh kerana keadaan gua yang gelap gelita. Alhamdulillah, semua peserta berasa amat teruja kerana dapat menikmati mandian wap yang sepatutnya hanya boleh dirasai di pusat-pusat spa di Malaysia.



      Setelah selesai bergambar di sekitar Hammam Firaun, ekspedisi diteruskan lagi bagi perjalanan ke Dahab yang merupakan destinasi seterusnya. Masa yang terluang di dalam bas diisi dengan beberapa aktiviti yang diatur oleh Adhoc Pengisian iaitu Ustaz Mohd Amilrol Anua bin Osman. Antara aktiviti yang dijalankan di dalam bas adalah ta’aruf kesemua peserta ekspedisi, tazkirah ringkas daripada peserta, kuiz berdasarkan sejarah tempat yang dilawati, kuiz umum, teka-teki, penerangan sejarah dan beberapa bentuk pengisian lain lagi yang bertujuan bagi merapatkan ukhuwah di kalangan peserta di samping menambah thaqafah peserta. Kesemua peserta memberikan respon yang begitu baik dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Modul ukhuwah dan kerjasama juga berjalan dengan amat baik. Bagi modul ini, peserta yang berjaya dalam memberi respon yang baik samada ketika menjawab soalan kuiz atau apa sahaja akan diberikan kupon berupa pakej menunggang ATV atau pakej menaiki Glass Boat. Suasana di dalam bas ketika modul ini berlangsung amat meriah sekali. Peserta ekspedisi bersemangat dalam memberikan respon bagi memenangi kupon-kupon ini.

        Beberapa jam di dalam bas, akhirnya ekspedisi ini singgah di sebuah masjid bagi menunaikan Solat Zohor dan ‘Asar secara jama’ seterusnya mengisi perut yang telah kosong. Sekali lagi, aspek pengukuhan ukhuwah diambil berat oleh Adhoc Makanan dalam ekspedisi ini iaitu Ustaz Muhammad Hanif bin Abdullah. Kesemua peserta menjamu selera dengan menggunakan talam bagi memberikan peluang peserta memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah Islamiah.

         Selesai makan dan solat, perjalanan Ekspedisi Sinai ’15 diteruskan ke Dahab. Alhamdulillah setelah beberapa jam berada di dalam bas, akhirnya pada jam 7.30 malam ekspedisi ini tiba di Dahab yang merupakan tempat persinggahan pertama untuk bermalam. Ekspedisi bermalam di Hotel Octopus yang terletak berhampiran dengan pantai Dahab. Kesemua peserta ditempatkan di dalam bilik yang memuatkan seramai 4 hingga 6 orang peserta. Dahab adalah salah satu pantai yang menjadi tumpuan mahasiswa Malaysia untuk mengadakan aktiviti pantai antaranya sukan ATV dan pelayaran dengan Glass Boat bagi melihat batu karang dan ikan yang memenuhi pantai Dahab. Dahab ini adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu (zahab) yang bermaksud emas. Seluruh pantai Dahab akan kelihatan kekuning-kuningan seperti keemasan pada sebelah petang apabila matahari mula melabuhkan tirainya.


             
   
         Seusai mendirikan Solat Jama’ Maghrib dan ‘Isya, kesemua peserta mengambil peluang berjalan-jalan di Pasar Dahab yang banyak menjual baju-baju sejuk bertuliskan perkataan Dahab. Hampir separuh daripada peserta mencuba seafood yang banyak dijual di pesisir pantai Dahab. Setelah habis berjalan-jalan di pantai, kesemua peserta pulang ke penginapan untuk berehat dan makan malam. Namun ada juga peserta yang mengambil peluang bagi berenang-renang di dalam kolam yang berada di hadapan hotel.

                HARI KEDUA:
       Pada keesokan harinya, selesai menunaikan Solat Subuh, kesemua peserta ekspedisi meneruskan aktiviti seawal jam 7.30 pagi. Semua peserta berpeluang menunggang motorsikal tayar empat (ATV) secara berpasangan bagi satu motor. Perjalanan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dengan melalui beberapa checkpoint. Checkpoint pertama berhenti bergambar di kawasan yang dipanggil panorama Dahab kemudian meneruskan perjalanan dengan menunggang ke kawasan bukit dan berehat hampir 15 minit di khemah yang disediakan. Setelah menikmati air teh yang disediakan oleh pemilik kawasan tersebut, peserta ekspedisi mengambil peluang mendaki bukit yang berada di situ bagi melihat pemandangan laut dari puncak bukit. Perjalanan diteruskan dengan menyelusuri kawasan berhampiran pantai dan berhenti seketika di pantai Dahab bagi bergambar kenangan di situ. Akhirnya kesemua peserta menunggang pulang ke hotel dengan selamat. Aktiviti menunggang ATV ini membuatkan rata-rata peserta pengalaman yang sukar dilupakan lebih-lebih lagi ianya merupakan pakej dalam Ekspedisi Sinai ’15 pada tahun ini.



           Aktiviti riadhah diteruskan lagi dengan aktiviti belayar menaiki Glass Boat bagi melihat pelbagai spesis batu karang dan ikan yang menghuni Laut Dahab. Pelayaran ini mengambil masa selama satu jam. Pelbagai reaksi boleh dilihat daripada peserta ekspedisi sepanjang pelayaran ini yang seterusnya mengikat lagi ikatan ukhuwah antara satu sama lain.



           Seterusnya, selesai pulang ke hotel pada jam 12.30 tengahari dan membawa barang keluar dari hotel. Ekspedisi diteruskan lagi dengan perjalanan menuju ke tempat penginapan kedua. Tepat jam  5.00 petang, ekspedisi tiba di MoonLand yang akan dihuni pada malam harinya. Kesemua peserta diminta untuk segera berkumpul di luar bas bagi meneruskan aktiviti dengan memanjat Wadi Arbaien. Wadi Arbaien ini adalah banjaran bukit yang bersambung dengan Jabal Nabi Musa a.s. Diceritakan Wadi Arbaien ini adalah tempat berkumpulnya 40 orang nabi dan para wali bagi bermusyawarah. Di sini juga terdapat seketul batu yang besar yang merupakan batu yang diketuk oleh Nabi Musa a.s sehingga terpancar 12 mata air. Setiap satu rekahan air tersebut untuk setiap puak daripada Bani Israel yang menjadi pengikut Nabi Musa a.s. Kisah ini dapat dibaca dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Baqarah ayat 60 yang berbunyi:

60. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancarlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu membuat bencana kerosakan di muka bumi".
 
           Setelah hampir setengah jam mendaki, akhirnya semua peserta ekspedisi sampai di Batu 12 Mata Air Nabi Musa a.s. Selesai bergambar dan berdoa di tempat yang berkat itu, kesemua peserta kembali menuruni banjaran bukit tersebut.



        Memandangkan waktu Maghrib telah masuk, maka perjalanan menuruni Wadi Arbaien dilencongkan ke Masjid Wadi Muqaddas bagi menunaikan Solat Jama’ sebelum berjalan pulang ke tempat penginapan. Selesai solat dan membeli barang keperluan bagi mendaki Jabal Musa pada malam harinya, kesemua peserta berjalan pulang ke tempat penginapan. Selesai menjamu selera dengan makanan yang disediakan, kesemua peserta diberi taklimat tentang aktiviti mendaki Jabal Tur Sina’ pada awal pagi keesokan harinya. Kemudian peserta ekspedisi diberi peluang bagi berehat di bilik yang disediakan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.

                HARI KETIGA:

         Tepat jam 12.00 pagi, kesemua peserta ekspedisi bangun dan bersiap sedia bagi menaiki bas untuk ke kaki Jabal Musa a.s. Setelah semua peserta bersedia dengan baju sejuk yang tebal dan pakaian sukan untuk mendaki, bas bergerak ke kaki Jabal Musa yang terletak tidak berapa jauh dari tempat penginapan. Setelah selesai membuat pendaftaran kepada polis yang menjaga Jabal Musa a.s, semua peserta melakukan senaman ringan mengikut kumpulan sebelum memulakan pendakian. Peserta ekspedisi dibahagikan kepada empat kumpulan yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Hazim bin Mohd Halim, Ustaz Muhammad Hakimi bin Abdul Hamid, Ustaz Muhammad ‘Asri bin Mohd Salim dan Ustaz Muhammad ‘Ariff bin Yaaziz. Tepat jam 12.45, semua ekspedisi telah memulakan pendakian Jabal Musa yang dikenali juga sebagai Tur Sina’. Jabal ini mencapai ketinggian sehingga 2 285 meter dari paras laut. Di dalam Al-Quran Allah telah menyebut mengenai jabal ini sebanyak dua kali iaitu dalam Surah Al-Mukminun ayat ke 20:

  
20. Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan.

Dan dalam dan Surah At-Tin ayat kedua:
1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
2. Dan Gunung Tursina,

Di Tur Sina’ inilah tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah SWT selama 40 hari dan menerima menerima wahyu berupa Kitab Taurat. Kisah ini dirakamkan dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf ayat ke 142:

142. Dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".




      Pendakian pada pagi ini mencabar minda dan fizikal semua peserta ekspedisi memandangkan cuaca yang begitu sejuk dan bulan langsung tidak kelihatan seperti kebiasaan. Peserta ekspedisi terpaksa menggunakan lampu suluh bagi mendaki bukit dengan selamat kerana keadaan track yang gelap. Pendakian akan berhenti rehat seketika di checkpoint-checkpoint yang terdapat di sepanjang laluan pendakian bagi menghilangkan sebentar kepenatan sebelum meneruskan pendakian. Alhamdulillah sekitar sebelum azan Subuh pada jam 4.30 pagi, kesemua peserta telah selamat tiba di puncak Jabal Musa a.s walaupun ada peserta yang telah sampai lebih awal. Kesempatan sampai awal di puncak Jabal Musa diisi dengan sebaiknya dengan menunaikan solat Tahajjud dan sujud syukur di Musolla yang terdapat di puncak tersebut. Selesai Solat Subuh berjemaah bersama-sama dengan pendaki lain yang beragama Islam secara bergilir-gilir, rata-rata peserta mengambil kesempatan dengan membaca zikir Ma’thurat secara beramai-ramai di luar Musolla. Memandangkan keadaan cuaca yang teramat sejuk dan angin yang begitu kuat, peserta ekspedisi duduk secara berhimpit bagi mengekalkan haba untuk memanaskan badan masing-masing sementara menunggu matahari terbit. Setelah menunggu sehingga waktu syuruk, matahari masih lagi tidak kelihatan kerana cuaca sedikit mendung terdapat awan yang tebal. Peserta ekspedisi mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di puncak Jabal Musa tersebut. Setelah puas bergambar, kesemua peserta dihimpunkan dan diberi sedikit penerangan.



      Di puncak tersebut terdapat beberapa tanda kebesaran Allah SWT. Antaranya adalah tapak gunung yang hancur apabila Allah menunjukkan zatNya setelah diminta oleh Nabi Musa a.s untuk melihat Allah. Kisah ini Allah rakamkan di dalam Surah Al-A’raaf ayat yang ke 143:

  
143. Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang pertama beriman (pada zamanku)

Kemudian, di puncak tersebut terdapat satu lubang yang merupakan tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah SWT ketika peristiwa menerima wahyu berupa Kitab Taurat. Selain itu, terdapat satu batu besar yang menyelamatkan (asbab) Nabi Musa a.s daripada impak letupan besar gunung yang meletup itu.





          Di atas itu juga terdapat batu yang mempunyai kesan tapak kaki Buraq yang menjadi tunggangan Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa isra’. Selesai mendengar sedikit penerangan itu, peserta ekspedisi mula menuruni Jabal Musa dengan melalui tapak perkampungan Nabi Ilyas. Laluan turun ini tidak menggunakan track asal yang dilalui ketika waktu mendaki pada awal paginya. Laluan ini menggunakan hampir 90 peratus track bertangga. Hal ini memberi peluang kepada semua peserta menikmati pemandangan bukit-bukau yang lebih menarik di samping dapat menghirup udara yang begitu nyaman. Sebaik tiba di tapak perkampungan Nabi Ilyas a.s, peserta ekspedisi dikejutkan pula dengan turunnya salji yang halus. Pengalaman ini terlalu istimewa dan menarik buat semua peserta memandangkan ianya merupakan pengalaman pertama bermain dengan salji. Hajat mahu melihat matahari terbit yang tidak kesampaian di puncak Jabal Musa diganti oleh Allah dengan dapat melihat salji turun. Setelah hampir 2 jam lebih menuruni Jabal Musa a.s, maka kesemua peserta selamat tiba di kaki Jabal Musa pada jam 9.30 pagi dan menaiki bas semula.
               



                Dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan, ekspedisi telah berhenti di Makam Nabi Harun a.s yang bersebelahan dengan bukit Batu Kesan Lembu Samiri. Peserta sekali lagi mengambil peluang berdoa bertawassul di Maqam Nabi Harun a.s di samping bergambar kenangan di bukit Batu Kesan Lembu Samiri. Bukit batu kesan Lembu Samiri ini merupakan kesan pancaran cahaya matahari terhadap patung emas Samiri yang dicipta oleh kaum Bani Israel yang telah hilang pedoman imannya apabila ditinggalkan seketika oleh Nabi Musa a.s dalam peristiwa Nabi Musa bermunajat kepada Allah di Tur Sina’ bagi menerima wahyu berupa Kitab Taurat. Hal ini Allah ceritakan di dalam Al-Quran di dalam Surah Thaha ayat ke 90 dan 91:

90. Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, Sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, Ikutlah daku dan taatlah akan perintahku".
91. Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahNya hingga Nabi Musa kembali kepada kami".





Setelah itu, ekspedisi terus pulang ke tempat penginapan bagi menikmati sarapan pagi seterusnya berehat dan bersiap-siap untuk pulang ke Kaherah.

        Tepat jam 1.00 petang, ekspedisi telah memulakan perjalanan pulang ke Kaherah dan singgah sebentar di Masjid Mustafa di pinggir bandar Sharm El-Sheikh bagi menunaikan solat jama’ dan menikmati makan tengahari. Setelah itu perjalanan diteruskan sehinggalah tiba di Wisma Baitul Rahman sekitar jam 3.00 pagi. Alhamdulillah sepanjang ekspedisi berjalan, tiada sebarang masalah yang timbul dan tema ekspedisi kali ini juga berjaya diterapkan kepada seluruh peserta. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan hingga ke akhirnya. “More Fun, More Love”.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"














               



2 comments:

  1. Saya ingin memberikan semua kemuliaan kepada Allah SWT untuk apa yang Dia gunakan Bunda Rahmat untuk melakukan dalam hidup saya. Nama saya adalah kemala cahyono dari kota bekasi di Indonesia, saya seorang janda dengan 3 anak, suami saya meninggal dalam kecelakaan pesawat dan sejak itu kehidupan telah sengsara.

    Sangat kejam bagi saya dan keluarga saya dan saya telah mencoba beberapa kali untuk mendapatkan pinjaman dari bank di Indonesia dan saya ditolak dan ditolak karena saya tidak memiliki jaminan dan tidak bisa mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih.

    Pada hari yang didedikasikan ini ketika saya pergi melalui internet, saya melihat kesaksian Ibu Rahma bekerja tentang bagaimana dia mendapatkan pinjaman dari Ny. Grace dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu perusahaan pemberi pinjaman, Grace dan seberapa benar pinjaman itu dari Grace's ibu dan dia mengatakan kepada saya itu benar dan saya menghubungi Ms. Grace dan setelah mengajukan pinjaman saya dan pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 24 jam.

    Saya mendapatkan uang pinjaman saya di rekening bank saya dan ketika saya memeriksa akun saya, uang pinjaman saya masih utuh dan saya sangat senang dan saya telah berjanji bahwa saya akan memberikan kesaksian kepada orang lain tentang rahmat ibu perusahaan pinjaman, jadi saya ingin untuk menggunakan media ini untuk memberikan saran kepada siapa saja yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. Grace melalui email: gracealexanderloancompany@gmail.com dan Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya: cahyonokemala@gmail.com untuk informasi serta teman-teman saya Rahma Henny via email: rahmahenny45@gmail.com
    Nyonya Grace melalui email: gracealexanderloancompany@gmail.com
    CEO Tel.: +1(407)792-5682
    WhatsApp: +1(407)792-5682

    ReplyDelete
  2. PERUSAHAAN PINJAMAN ALEXANDER GRACE
    ANDA SELAMAT DATANG DI GRACEALEXLOANCOMPANY (GALC)
    Good Day Sir / Madam: Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk membiayai bisnis Anda atau tujuan apa pun? Kami adalah pemberi pinjaman bersertifikat, legal dan internasional, kami menawarkan pinjaman kepada perusahaan-perusahaan Bisnis. Perorangan, perusahaan perusahaan, badan hukum dengan tingkat bunga yang terjangkau 2%. Ini bisa berupa pinjaman jangka pendek atau jangka panjang atau bahkan jika Anda memiliki kredit macet. Kami akan memproses pinjaman Anda segera setelah kami menerima aplikasi Anda. Kami adalah lembaga keuangan independen. Kami memiliki reputasi yang sangat baik selama bertahun-tahun dalam menyediakan berbagai jenis pinjaman kepada ribuan pelanggan kami. Kami menawarkan pinjaman Pendidikan, pinjaman Bisnis, pinjaman rumah, pinjaman pertanian, pinjaman pribadi, pinjaman mobil dengan riwayat kredit baik atau buruk. Jika Anda tertarik dengan penawaran pinjaman kami di atas, Anda disarankan untuk mengisi informasi di bawah ini dan kembali kepada kami untuk lebih jelasnya. Anda dapat menghubungi kami melalui email ini gracealexanderloancompany@gmail.com kami akan merespons Anda segera setelah kami menerima rincian aplikasi pinjaman Anda di bawah ini.

    1) Nama lengkap:
    2) Tanggal lahir:
    3) Jenis Kelamin:
    4) Status perkawinan:
    5) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
    6) Durasi Pinjaman:
    7) Negara:
    8) Negara:
    9) Alamat:
    10) Telepon:
    11) Penghasilan bulanan:
    12) Pekerjaan:
    13) Agama:
    14) Sudahkah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya? Jika ya, sebutkan nama perusahaan
    Kontak
    gracealexanderloancompany@gmail.com
    WhatsApp ::: +14077925682 [Hanya Obrolan]
    Nomor Telepon +14077925682 [Hanya Panggilan]
    untuk perhatian segera.
    Buka 24 jam dalam 7 hari seminggu.

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...