Mesyuarat Agung Khas (Tergempar ) ( MAK
’13 )
Mesyuarat adalah salah satu perkara
sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam.
Sepertimana dalam sirah perang Rasulullah, iaitu Perang Uhud. Rasulullah juga
telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama majlis tertinggi Baginda untuk
membincangkan strategi di dalam perang tersebut. Akhirnya,mendapat persetujuan
semua untuk mengadakan pertempuran di luar Madinah, iaitu Uhud.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :
وشاورهم فى الأمر فا
ذا عزمت فتوكل على الله ان الله يحب المتوكلين
“ Dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan
tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang bertawakkal kepada-Nya.”
(Surah
Ali Imran : 159)
Seperti yang termaktub di dalam
Perlembagaan KPIPM Pindaan 2012, Bahagian Keempat, Perkara 16 di dalam muka
surat 7, telah menyatakan ‘Mesyuarat Agung Khas (Tergempar) boleh diadakan pada
masa-masa yang diperlukan dengan tujuan untuk meminda perlembagaan KPIPM atau
membubarkannya atau memecat mana-mana AJKT atau sebab-sebab lain yang
diputuskan oleh AJKT KPIPM.
Sehubungan dengan itu, setelah mana
peringkat pimpinan KPIPM melakukan penelitian dan kajian terhadap Perlembagaan
KPIPM, beberapa perkara perlu dipinda atas sebab-sebab tertentu dan telah
bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas ( MAK’13 ). Antara sebab
konkrit terhadap keputusan ni adalah kerana berlakunya perubahan polisi di
peringkat pengurusan MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK MAIPk yang melibatkan kerjasama
antara persatuan dan pegawai HEP. Hal ini menyebabkan keperluan untuk meminda
perlembagaan KPIPM bagi menyelaraskan beberapa perkara di dalam perlembagaan
KPIPM.
Justeru itu, sama-samalah kita bersatu
bagi membincangkan perkara ini agar mendapat satu titik persefahaman sekaligus
bagi melangsungkan survival KPIPM itu sendiri. Sesungguhnya, sesuatu keputusan
yang dibuat hasil daripada perbincangan dan mesyuarat terselit 1001 hikmah dan
keberkatan di sebaliknya. Oleh itu,sama-sama kita doakan agar kita semua
mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia
ini.
Saya selaku Yang Dipertua menyeru seluruh
ahli KPIPM yang berada di Bumi Mesir ini agar dapat memberikan kerjasama
sebaiknya bagi menjayakan MAK’13 yang bakal berlangsung dalam masa yang terdekat.
Sebarang makluman berkenaan MAK’13 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
melalui media penerangan KPIPM.
‘’Ramadhan Memacu Bahtera Tarbiah”
BERILMU BERAMAL IKHLAS
Yang Menjalankan Tugas,
MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak
Mesir
No comments:
Post a Comment