Wednesday, February 27, 2013

MESRA '13: Satu Keluarga, Satu Ukhuwwah

21 Februari 2013 –Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 telah menjayakan sebuah program hari keluarga iaitu MESRA ’13 dengan bertemakan “Wehdatul Usrah, Wehdatul Ukhuwwah.” Program ini diadakan dengan bertujuan untuk menyatupadukan ahli KPIPM yang berada di bumi Mesir ini.

Program MESRA ’13 ini telah berlangsung selama seminggu, iaitu pada 14-21 Februari baru-baru ini. Program yang melibatkan kesemua anak-anak Perak di bumi Mesir ini telah diadakan di 4 buah tempat iaitu muhafazah Zagazig, Tanta, Mansurah, Iskandariah dan seterusnya di Kaherah.




Antara aktiviti yang diselitkan melalui program ini adalah seperti Jaulah AJKT ke muhafazah, Muhasabah Separuh Penggal (MSP), Sukaneka, Piala KPIPM, Rabie’ Camp dan Malam Kesenian. Pembukaan tirai program ini dimulai dengan Ribat KPIPM yang diadakan pada 15 Februari 2013 seterusnya disusuli dengan Usrah Gabungan yang melibatkan ahli dalam permainan futsal. Program ini dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM 2012 iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Qutaibah Bin Mohamed merangkap BP angkat bagi KPIPM. 





Program ini menyaksikan lima buah rumah sukan yang beradu tenaga bagi mendapatkan kejuaraan. Antara rumah sukan yang beraksi seperti rumah kuning, biru, ungu, merah dan hijau.  Pelbagai telatah dan ragam ditunjukkan sepanjang program berlangsung yang menyerlahkan lagi suasana kekeluargaan pada program tersebut. Akhirnya rumah Merah berjaya merangkul kejuaraan dalam program.  


Penutup tirai Program MESRA ‘13 diisi dengan beberapa persembahan kesenian di bawah Usrah Al-Muhazzirun seperti persembahan silat, pentomen dan  nasyid.  Majlis Penutup dan penyampaian cenderahati seterusnya disempurnakan oleh Badan Pengurus PMRAM 2012 iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Ja’afar selaku Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2012. 


“Bertepatan dengan pembawakan KPIPM bagi sesi ini, KPIPM optimis bagi menyatupadukan ahli. Dengan medium program seperti ini secara kesimpulannya KPIPM berjaya melakukannya demi melihat wadah kesatuan ini kekal hingga ke hari mendatang.” Ujar Saudara Hanif Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM bagi sesi 2012/2013.


"Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli KPIPM kerana melibatkan diri dalam program MESRA ‘13 ini. Tidak dilupakan juga kepada semua adhoc pelaksana yang sudi memerah tenaga serta keringat demi menjayakan program ini secara gilang-gemilang.” Ujar saudara Aiman Maslan selaku Pengarah Program MESRA ’13.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...