Wednesday, February 13, 2013

D' TOUR '13: Keindahan dinikmati, Ukhuwah terpatri


Kaherah, 9 Februari 2013 – Bersempena dengan cuti musim sejuk, Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2012/2013 telah menganjurkan D’ TOUR ’13. Program yang berlangsung selama 2 hari itu telah disertai seramai 21 orang.

Antara objektif jaulah ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan sesama mahasiswa di rantau ini dan ianya selari dengan tema yang telah digariskan oleh pihak penganjur iaitu “ Keindahan dinikmati, Ukhuwah terpatri “.

Antara tempat-tempat yang menarik yang dilawati sekitar Mansurah dan Dumyat adalah seperti maqam Syeikh Mutawalli Sya’rawi, maqam Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, Raasul Bahr, Pantai Dumyat dan lain-lain lagi.

Pada hari pertama, para peserta telah menginap di homestay  Pantai Raasul Bahr. Pada malamnya, pelbagai aktiviti luar telah dijalankan. Keletihan sepanjang perjalanan dari Kaherah ke Dumyat sedikit terubat apabila melihat gelagat beberapa peserta yang menghiburkan.

Keesokan harinya, para peserta dibawa oleh musyrif penerangan, Ustaz Mohd Arif Bin Hj Hassan untuk berjalan di sekitar Pantai Raasul Bahr. Para peserta dapat melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah apabila air laut dan air sungai nil bertembung dan tidak bercampur yang mana Allah menceritakan perkara ini didalam ayatnya dari surah Ar-Rahman iaitu :

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Al Qur'an, Ar-Rahman (55):19-20)
Seterusnya para peserta bergerak menuju ke Pantai Dumyat Jadidah untuk aktiviti mengutip kerang.

Tepat pukul 6.30 petang, peserta bertolak pulang ke Kaherah dan selamat sampai pada pukul 11.40 malam. Rata-ratanya peserta mengatakan keseronokan mereka menyertai D’ TOUR ’13 ini dan berharap agar KPIPM dapat mengadakan program seperti ini lagi.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...