Home » » LAPORAN PEMANDU Siri I : Kesedaran Aku Masa Depan Ummah K. A. M. U

LAPORAN PEMANDU Siri I : Kesedaran Aku Masa Depan Ummah K. A. M. U


KAHERAH 9 April 2015 bersamaan 19 Jamadilakhir 1436H  jam 8 malam bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi,  Baitul Rahman , telah dilansungkan Perasmian Program Pemantapan Du'at (PEMANDU).  PEMANDU SIRI 1 di bawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah  (BDT) dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah  (BTKKR) KPIPM sesi 2014/2015  telah mengadakan satu program motivasi berbentuk talkshow bertajuk "KESEDARAN AKU MASA DEPAN UMMAH"  (K.A.M.U) yang telah disampaikan oleh 2 orang panel yang hebat lagi disegani iaitu Al-Fadhil Ustaz Jamal Najmuddin Sulaiman dan Al-Fadhilah Ustazah Nasuha Husna Mohd Nordin bersama moderator  Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi. Rancangan talkshow ini berjalan sebanyak 3 pusingan. Sambutan ahli terhadap program ini amat memberansangkan dan di luar jangkaan. Kehadiran ahli PERUBATAN dari muhafazah Zaqaziq memeriahkan lagi majlis. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM 2014.

     Program ini dianjurkan buat para penuntut Perak yang berada di Mesir bertujuan untuk mengubah paradigma da’ie tentang kewajipan berdakwah berlandaskan fikrah yang sebenar dan mengaplikasikan ilmu mereka kepada masyarakat sekeliling. Banyak isi-isi penting yang telah dikongsikan oleh para panelis dengan menekankan beberapa permasalahaan seperti Thaqafah, Rohani, Biah Solehah, Ukhwah dan juga berkenaan dengan konsep kepimpinan. Sebagai contoh, para panelis menerangkan dan menerapkan kepada setiap diri hadirin agar mempunyai fikrah Islamiah yang jelas untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan berkualiti. Panelis juga menekankan bahawa perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang khalifah atau da’ie ialah senantiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Selain itu, peranan seorang da’ie dalam kepemimpinan juga perlu ditingkatkan dan perlu bersungguh-sungguh mencari ruang untuk menambah ilmu pengetahuan sama ada ilmu yang berbentuk akademik ataupun ilmu kemahiran. Dr.Yusof Al-Qardawi telah menggariskan di dalam rukun jemaah terdapat 3 golongan yang perlu ada di dalam masyarakat Islam iaitu ulama, aktivis dan pemikir.

               Program diakhiri dengan persembahan nasyid oleh Usrah Al-Muhazirun. Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan membawakan pengisian yang dapat memenuhi dada ahli demi kelangsungan KPIPM dan memartabatkan Islam itu sendiri. Majlis berakhir pada jam 11. 30 malam.



BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN






Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger