Thursday, April 16, 2015

LAPORAN MAJLIS EHYA’ AL-JUM’AH DAN RIBAT PERDANA





Pada 26 Mac (Khamis) bersamaan 4 Jamadil Akhir 1436H yang lalu. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan program Ehya’ Jum’ah. Program telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi Baitul Rahman (Wisma A). Program bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, seterusnya bacaan Yassin yang diketuai oleh saudara Muhammad Fazli bin Azmi.

Program diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudari Siti Nurrhasanah binti Omar berkenaan ‘taubat’. Antara isi yang disampaikan adalah kepentingan beramal soleh untuk menghapuskan dosa-dosa yang terdahulu. Seterusnya program diteruskan lagi dengan solat isya’ secara berjemaah dan solat sunat hajat.

Pada keesokan harinya, program bermula dengan qiamullail  seawal jam 3.40 pagi, solat sunat tahajjud, hajat, taubat dan witir diimami oleh Ketua BDT sendiri. Seterusnya solat subuh berjemaah telah diadakan di sana, kemudian diikuti dengan tazkirah perdana yang telah disampaikan oleh Presiden PMRAM sesi 2014 iaitu Ustaz Hanifulfuad bin Hussin. Antara isi penting dalam tazkirah yang telah beliau sampaikan ialah bahawa seseorang ketua harus dipilih walaupun tidak mempunyai keutamaan seperti kisah Amru al-A’sr yang dilantik oleh Rasulullah menjadi panglima perang dalam peperangan Zaatus Salaasil walaupun beliau baru sebulan memeluk islam. Program seterusnya diakhiri dengan halaqah membaca surah Al-Kahfi.




















“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“BERILMU BERAMAL IKHLAS”

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM