Friday, January 23, 2015

KPIPM MENERUSKAN AGENDA KEBAJIKANNYA


BERITA | KPIPM MENERUSKAN AGENDA KEBAJIKANNYA

RABU, 21 Januari 2015 - Pihak KPIPM yang diwakili oleh Ustaz Muhammad Nazreen Bin Abdul Razak, selaku Bendahari Kehormat KPIPM Sesi 2014/2015, Ustazah Siti Nabilah Binti Zakaria, selaku Timbalan Ketua HEWI KPIPM Sesi 2014/2015, dan Ustazah Nurul Izzaty Binti Osman, selaku Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM Sesi 2014/2015 telah turun ke Mansurah bagi menziarahi ahli Perak yang telah ditimpa musibah kebakaran di kediaman mereka pada 18 Januari yang lalu.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 9 malam itu dikatakan berpunca daripada litar pintas elektrik dari sebuah bilik rumah tersebut. Insiden yang berlaku hanya melibatkan kerugian harta seperti komputer riba, buku, pakaian dan lain-lain. Namun, alhamdulillah tiada sebarang kemalangan yang melibatkan nyawa dan kecederaan yang berlaku.

Tiga ahli Perak yang merupakan antara lima orang mangsa yang terlibat adalah Siti Nadia Binti Noor Azmi, Siti Nabila Binti Noor Azmi, dan Maizatul Madiyana Binti Ashari. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar Perubatan tahun 6, Mansurah. Wakil KPIPM juga turut menyerahkan sedikit sumbangan kepada mangsa yang terlibat demi membantu meringankan beban.
Semoga Allah memberikan kesabaran, kekuatan dan kemudahan kepada mereka di atas musibah yang berlaku ini.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM