Saturday, January 3, 2015

EHYA' MAULIDUR RASUL : Kenali Kekasih Allah (Bil : 01)



EHYA' MAULIDUR RASUL : Kenali Kekasih Allah


Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan sungguh, Engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur."
Surah Al-Qalam : 4

PUASA (SUNNAH) RASULULLAH SAW

     Dari Anas bin Malik R.A beliau pernah di tanya mengenai puasa Nabi Muhammad S.A.W,maka Anas berkata:

"Nabi S.A.W (sering) puasa dalam satu bulan, sehingga kami menyangka (waktu itu) bahawa Baginda tidak ingin berbuka pada hari-hari itu (ingin selalu berpuasa). Namun, (di lain waktu), Baginda berbuka (tidak puasa), sehingga kami menyangka bahawa Baginda tidak ingin sehari pun pada hari-hari bulan itu (ingin selalu dalam keadaan berbuka). Dan kamu tidak akan dapat sekehandakmu melihat Baginda pada suatu malam sedang mengerjakan solat, kecuali jika saat itu engkau (secara kebetulan) melihat Baginda sedang mengerjakan solat. Dan juga, kamu tidak akan dapat sekehendakmu melihat Baginda pada suatu malam sedang tidur, kecuali jika saat itu engkau (secara kebetulan) melihat Baginda sedang tidur."

     Dari Aisyah R.A , ia berkata:

"Nabi S.A.W sangat bersungguh-sungguh mengamalkan puasa pada hari Isnin dan hari Khamis."

     Dari Abi Shalih, ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah R.A dan Ummu Salamah R.A:
"Amal ibadah apakah yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W ? Aisyah R.A dan Ummu Salamah R.A menjawab:

"Amal ibadah yang terus- menerus (dilakukan), walaupun sedikit."


....................................................................

Rujukan :
Kitab Asy Syamail Al- Muhammadiyyah
Karangan :
Al-Imam Al-Hafidz At-Tirmizi Rahimahullahu.

Katakanlah...
"Wahai Rasulullah,
Kami benar-benar merindui Mu..."

Biro Dakwah Dan Tarbiah KPIPM 2014/2015

"BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM