Wednesday, January 7, 2015

EHYA' MAULIDUR RASUL : Kenali Kekasih Allah (Bil : 02)


EHYA' MAULIDUR RASUL : Kenali Kekasih Allah (Bil : 02)

Firman Allah SWT yang bermaksud ;

"Dan sungguh,Engkau(Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur." - Surah Al-Qalam : 4

SOLAT DHUHA RASULULLAH SAW


1. Abu Khudri Radhiallahu 'anhu berkata:
"Adalah Nabi Sallallahu 'alai wa sallam (selalu) mengerjakan solat Dhuha, sehingga kami menyangka bahawa Baginda tidak akan meninggalkannya ( untuk selalu mengerjakannya).Dan  Baginda (kadang kala) meninggalkan solat Dhuha*, sehingga kami menyangka bahawa Baginda tidak akan mengerjakannya lagi."

*Rasulullah sangat mencintai solat Dhuha, sehingga Baginda mengerjakannya secara rutin. Namun kadang kala Baginda tidak melakukannya kerana khawatir jika sahabat beranggapan bahawa ia adalah wajib.


2. Dari Abdullah bin Sa'ib Radiallahu 'anhu, ia berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam pernah mengerjakan solat (sunnah) empat raka'at sesudah matahari tergelincir, (iaitu) sebelum solat Zohor."


3. Dari Ali bin Abi Thalib Karramallahu wajhah :

"Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam melakukan solat (sunnah) empat raka'at sebelum solat Zohor.
Ali bin Abi Thalib Karramallahu wajhah pun menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam mengerjakan solat tersebut ketika setelah matahari tergelincir, dan Baginda memanjangkan (bacaan) dalam solatnya."

................................................................. 

Rujukan :
Kitab Asy Syamail Al-Muhammadiyyah
Karangan :
Al-Imam Al-Hafidz At-Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala

Katakanlah...
"Wahai Rasulullah,
Kami benar-benar merindui Mu.."

"BERILMU,  BERAMAL, IKHLAS"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM