Thursday, February 3, 2011

Keadaan Mesir Yang Meresahkan

KAHERAH,2 Januari – Pergolakan yang berlaku di Mesir menjadi perhatian seluruh pelusuk dunia. Beberapa rusuhan dilakukan oleh rakyat tempatan bagi menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang telah berakar selama 30 tahun.

Pelbagai sekatan dilakukan ke atas seluruh penduduk Mesir bagi cubaan menyekat kemaraan semangat rakyat Mesir. Oleh itu, ramai pihak yang mengecam tindakan kerajaan Mesir yang menyekat penggunaan telefon dan internet bagi penduduk Mesir.

Berikutan dengan itu, beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan seluruh warga Malaysia dari keadaan bahaya di Mesir.

Tindakan terbaru yang akan diambil dengan memindahkan warga Malaysia ke Jeddah,Arab Saudi. Dan penerbangan pertama dijangka akan berlepas pada esok hari dan akan disusuli beberapa penerbangan yang lain.

Mesir pada hari ini pula menyaksikan ‘pembukaan’ semula penduduknya dengan dunia luar setelah beberapa hari penduduknya ‘tertutup’ dengan membenarkan semula penggunaan internet.

Namun demikian, ekonomi Mesir masih berada di dalam keadaan yang tidak stabil dan dijangka akan memakan beberapa ketika bagi kembali seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...