Wednesday, February 23, 2011

Kenyataan Rasmi Yang Dipertua KPIPM Berikutan Keberadaan Di Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T,dengan limpah kurniaNya kita dapat lagi meneruskan kehidupan kita setelah menempuhi pelbagai mihnah dan tribulasi.

Sedia maklum,hampir seluruh ahli KPIPM di bumi Mesir telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat oleh pihak kerajaan Malaysia melalui OPS PIRAMID yang lalu. Oleh itu,KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia di bawah tanggungjawap Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak secara khususnya dan kerajaan negeri Perak serta tenaga-tenaga yang turut membantu secara amnya.

Pihak Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM telah mengadakan perbincangan dalam membincangkan perjalanan KPIPM di tanah air ini. Ini adalah bagi memastikan salah satu motif penubuhan KPIPM iaitu “Berusaha menjalinkan ikatan Ukhuwwah Islamiah di kalangan umat Islam” tidak tertumpu di bumi Mesir sahaja,malah diteruskan di tanah air tercinta.

KPIPM sentiasa berhubung dengan pihak persatuan pusat dalam membicarakan tentang soal pendidikan yang sekarang masih tertangguh buat beberapa ketika. Pihak persatuan pusat juga sentiasa berhubung dengan pihak kerajaan Malaysia bagi memastikan keadaan di Mesir stabil sebelum melepaskan warga Malaysia pulang ke sana.

Ahli KPIPM disarankan agar memusatkan sebarang masalah kepada Yang Dipertua KPIPM di talian +6011-19093935 atau Ketua Hewi KPIPM di talian +6013-4948755 atau mana-mana AJKT dan AJK HEWI di talian berikut.

Segala maklumat terbaru yang KPIPM perolehi akan disebarkan kepada seluruh ahli melalui blog rasmi KPIPM iaitu kpipm64.blogspot.com dan Yahoo Messenger iaitu kpipm64.

Wallahu ‘alam…

Berilmu,Beramal,Ikhlas

Khairul Ashraf bin Mohd Khir Al-Hafiz

Yang DiPertua

Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir,

Sesi 2010/2011

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...