Friday, June 18, 2010

Tazkirah : Infaqkan Segalanya Demi ISLAM


Pentazkirah :

Ust Hanif bin Musa ,
Mahasiswa Kuliah Syariah Tahun 3,Universiti Al- Azhar ,Kaherah

Dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah ,sayugianya perlu diingati selalu bahawa kehidupan dunia ini bukanlah satu kehidupan yang kekal abadi.Oleh itu sudah pasti akan ada kehidupan yang bisa menjaminkan sebuah kebaikan yang berpanjangan tanpa pengakhiran ,namun begitu didunia inilah perlu dimanfaatkan segala peluang dan ruang agar memperolehi hasilnya kelak.
Diantara peluang yang kita miliki adalah menafkahkan diri,masa dan harta kita untuk Islam yang tercinta .Realiti kini kita sendiri dapat melihat disekeliling kita berapa ramai yang Allah mengurniakan kepada mereka nikmat kesenangan dan kemewahan dalm hidup tetapi terlalu sedikit yang ingin menginfaqkan ke jalan Allah SWT.Perihal ini menyebabkan proses kelansungan dakwah juga tidak mampu berkembang dengan baik dan pelbagai pihak hanya akan menafkahkan sesuatu jika ianya boleh mendatangkan kebaikan juga untuk dirinya .Sebagai contoh apabila dia menyumbangkan sesuatu kepada masjid maka AJK masjid tersebut telah bersetuju menghebahkan siapa penyumbang sekaligus dirinya akan dikenali ramai.
Mentaliti masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat dunia amnya kini setiap satu perkara yang dilakukan perlukan ganjaran yang setimpal pada masa itu juga biarpun Allah SWT telah memberi ganjaran pahala dalam setiap amalana yang dikerjakan namun bagi mereka ianya bukan satu benda yang realistik .Oleh kerana itu,tidak ramai yang betul memahami kebaikan dan kelebihan untuk menafkahkan diri untuk Islam itu sendiri.
Seperti kita anak-anak Perak yang bernaung dibawah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, tidak lama lagi akan menerima zakat daripada Majlis Agama Islam Perak manfaatkanlah sebaiknya pemberian zakat tersebut .Bantulah sahabat-sahabat kita yang tidak layak menerima zakat dengan menjelaskan Yuran Tabung Ithar .Ini juga adalah satu usaha Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir untuk menggalakkan anak-anak Perak saling bantu membantu juga dapat menafkahkan sedikit nikmat yang diberikan kepada sahabat lain yang lebih memerlukan .

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...