Sunday, June 20, 2010

Kenapa Perlunya Persiapan Pemuda Islam?




Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan
matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda
Islam ini?
Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa
nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu
wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu
sudah mencukupi?
Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan
Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?
Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan
amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit
dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?
Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan
dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?
Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam
dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing sematamata?
Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan
itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam
berada jauh dari memegang teraju pimpinan.
Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah
untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap
masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan
pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran,
perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya
dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan
terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah
dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya
itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah
lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.
Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia
kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan
hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan
asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat
jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya
tertegaknya sistem Islam.
5
Ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan
"Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya
berlaku.
Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah
tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang
lain ini akan mem-bawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada
perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan
cuba hidup bersamanya.

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM