Sunday, June 24, 2018

IHYA' TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM'18)

IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM'18)

KAHERAH - Pada 17 Mei 2018 hingga 12 Jun 2018, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena Bulan Ramadan dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama Ihya’ Tarbawi Ramadan 2018 dengan singkatan IHTIRAM ’18. Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM sesi 2017/2018 dengan bertemakan “Tarbiah Ramadan, Menuju ar-Rayyan”.

   IHTIRAM ’18 telah bermula pada 1 Ramadan 1439 H bersamaan 17 Mei 2018 pada hari Khamis yang mana telah dimulai dengan Majlis Pelancaran IHTIRAM’18. Majlis ini bermula dengan ucapan daripada Pengarah IHTIRAM’18, Ustaz Ammar Rushdi bin Jamaluddin dan diteruskan dengan ucapan YDP KPIPM sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri, seterusnya ucapan daripada perasmi Encik Munawir bin Mohamed Noh selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh perasmi dan
kata-kata penutup oleh pengerusi majlis. Aktiviti pada sebelah malam pula telah diadakan tahlil dan Iftar Jamaie di Baitul Rahman.

   Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Antaranya adalah Daurah Ilmiah KPIPM, Kelas Tafaqquh Fiddin (Masbuq Muafiq) yang membincangkan tentang permasalahan masbuq dan muafiq di dalam solat berjemaah. Kitab ini telah didiskusikan oleh Pengarah Unit Baitul Muslim KPIPM sesi 2017/2018 iaitu Ustaz Mohamad Ainuddin bin Mohd Ishak.

   Antara yang lain adalah program Fajar Ramadan iaitu tazkirah Subuh yang bertajuk “Puasa Menggamit Kasih Sayang Allah" oleh Ustaz Muhammad Mu’aaz bin Ramli selaku Fasilitator KPIPM sesi 2017/2018. Fajar Ramadan yang seterusnya pula telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hilmi bin Hussin Shokri l, Penyelaras Utama Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2017/2018 yang bertajuk “Lailatul Qadar: Kata nak bertemu mana usahanya?". Dan Fajar Ramadan yang terakhir adalah pada 8 Jun 2018 yang telah disampaikan oleh Ketua HEWI KPIPM sesi 2017/2018, Ustazah Siti Hajar binti Ahmad Daud, dengan tajuk “Tarbiah Ramadan : Terkesan atau Tidak?”

   Di samping itu, IHTIRAM ’18 juga telah mengadakan "Bersama Imam Terawih Jemputan" dengan menjemput imam khusus daripada pelajar Maahad Qiraat Shoubra. Antara perkongsian yang diberikan adalah pembacaan qiraat, sanad, ulama' qiraat dan lain-lain. Antara imam khusus daripada Shoubra yang bertugas adalah Ustaz Muhammad Nor Saleh bin M F Rahimi. Beliau merupakan imam jemputan dengan bacaan qiraat riwayat Warsh ‘An Nafi’. Seterusnya, Ustaz Muhammad Mahyuddin bin Zainuddin bagi qiraat riwayat As-Susi ‘An Abu Amr. Dan seterusnya Ustaz Syed Ubaidillah bin Syed Hashim.

   Tambahan lagi, turut diadakan moreh yang mana menyediakan juadah moreh seperti kuih muih, makanan ringan, air dan sebagainya untuk ahli.

   Selain itu, telah diadakan "Dari Masjid ke Masjid" khusus bagi mahasiswi Perak untuk melaksanakan solat sunat terawih di masjid. Antara masjid yang terpilih adalah Masjid Ibadur Rahman, Masjid Tantawi dan Masjid Nurul Khatab. Seterusnya, diadakan aktiviti edaran Syantah Ramadan iaitu edaran kurma selepas asar yang melibatkan YDP dan Barisan AJKT, Ketua HEWI dan Barisan AJK HEWI serta adhoc pelaksana IHTIRAM'18 dengan mengedarkannya kepada ahli KPIPM di wisma, rumah sewa bujang dan mutazawijin. Aktiviti menarik yang lain pula adalah pertandingan gambar dan video sempena Ramadan yang terbuka kepada semua ahli KPIPM. Objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan thaqafah ahli sekaligus memeriahkan lagi IHTIRAM'18.

   Pada 11 Jun 2018, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran di Baitul Ridzuan. Aktiviti ini telah bermula dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan juzuk amma, doa khatam al-Quran dan penyampaian hadiah. Setelah selesai, hadiah disediakan kepada para pembaca dan ahli.

   Pada 14 Jun 2018 - Majlis Perasmian dan Perutusan Aidilfitri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri telah diadakan, yang berlangsung pada jam 7.00 malam. Ia telah bermula dengan alunan qasidah, takbir raya dan disempurnakan dengan gimik Malam Perasmian oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, En. Munawir bin Mohamed Noh dan Perutusan RASA’18 oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri.

Seterusnya, diadakan penyampaian hadiah bagi pertandingan IHTIRAM'18. Untuk pertandingan gambar di peringkat ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Ustaz Arif Adzillah bin Ariffadilah, tempat kedua pula dimenangi oleh Ustaz Muhd Nur Hafiz bin Musri, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ustaz Anas Syazwan bin Ahmad Shafingi Fikri. Untuk pertandingan video pula , tempat pertama dimenangi oleh MB Uwais Al-Qarni, tempat kedua dimenangi oleh MB Imam Al-Mawardi dan tempat ketiga MB Sheikh Mustafa Masyhur.

Kemudian, penyampaian hadiah bagi pertandingan gambar di peringkat akhawat pula dimenangi oleh Ustazah Ummi Salamah binti Kamarulazhar, tempat kedua pula dimenangi oleh Ustazah Sana’ bt Hairul Anuar dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustazah Rosyidah Aqilah bintu Rosli. Untuk pertandingan video, tempat pertama dimenangi oleh MB Salsabila, tempat kedua dimenangi oleh MB Ummu Waraqah dan tempat ketiga dimenangi oleh MB Zainab Al-Ghazali. Majlis pada malam itu, diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan silat daripada Usrah al-Muhazirun.

Besarlah harapan daripada pihak kami, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018 agar program sebegini dapat mengeratkan hubungan sillaturahim dan ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli Perak di bumi Mesir. Segala kerjasama yang baik daripada semua peringkat sama ada secara langsung atau tidak langsung kami ucapkan jazakumullahu khairan kathira.

“Tarbiah Ramadan, Menuju Ar-Rayyan”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

1 comment:


  1. Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...