Tuesday, January 19, 2016

KENYATAAN YANG DIPERTUA KPIPM TERHADAP ISU BKPJM


KENYATAAN YANG DIPERTUA KPIPM TERHADAP ISU BKPJM

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

[Surat Al-Anfal 45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

     Hak mahasiswa merupakan hak yang perlu dipertahankan oleh semua pihak. Oleh yang demikian, isu penindasan hak mahasiswa merupakan isu yang perlu ditegakkan dan ia merupakan satu isu yang tidak wajar dilakukan oleh individu-individu yang mengaku dan membawa Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadah.

     Sepertimana berita yang telah dihebahkan kepada kita iaitu Pejabat Rasmi Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah dipecah masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan segala barang dan aset BKPJM dibawa keluar dari Pejabat Rasmi BKPJM merupakan satu tindakan yang amat-amat dikesali oleh kita Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dan semua pihak terutama mahasiswa di Mesir.

     KPIPM membantah sekeras-kerasnya tindakan zalim (pencerobohan) yang dilakukan ke atas BKAN Taakhi kami, BKPJM dan KPIPM menuntut kepada pihak yang terbabit untuk membuat permohonan maaf atas tindakan pencerobohan tersebut dan datang bersemuka membuat rundingan bersama pimpinan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) untuk menjelaskan dan menyelesaikan kemelut yang berlaku ini.


     Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) menyeru seluruh mahasiswa dan ahli KPIPM khususnya, untuk menyatakan solidariti bersama Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) atas kezaliman yang berlaku ini.


     KPIPM juga mengharapkan seluruh mahasiwa Malaysia Mesir terus bermunajat supaya Allah SWT terus melimpahkan kekuatan dan pertolongan kepada seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir amnya dan Johor khususnya. Dan semoga kebenaran bakal tertegak dalam isu penindasan dan kezaliman ini.


Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak
Yang Dipertua KPIPM sesi 2015/2016

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM