Saturday, January 2, 2016

ADA APA DENGAN 2 JANUARI 1492?



ADA APA DENGAN 2 JANUARI 1492 ?

     Seperti yang telah tercatat dalam sejarah, Kerajaan Islam Bani Umaiyah pernah menaungi Andalusia (Sepanyol) pada abad ke-8 yang mana Islam menguasai hampir seluruh daerah di negara itu suatu ketika dahulu. Penaklukan Islam di Andalusia yang bermula pada tahun 711 itu berterusan dan mencapai puncak keberjayaan yang gemilang dengan peratus penduduk muslim di Andalusia sebanyak 80% pada tahun 900-an Masihi.

     Namun, pada tahun 1000 Masihi berlaku perpecahan umat Islam sehingga Kerajaan-kerajaan Kristian (Reconquista) mula masuk menyerang Utara Andalusia mencantas satu persatu wilayah kekuasaan Islam termasuklah Kota Cordoba, Sevilla, Toledo dan lain-lain. Maka setelah itu, mereka menyerang pula Kota Granada yang mana merupakan kota terakhir yang masih di bawah kuasa Kerajaan Islam. Hal ini menjadi semakin kuat apabila King Ferdinand dari Aragon berkahwin dengan Queen Isabella dari Castile kerana menggabungkan dua kerajaan terkuat  di semenanjung Iberia. Maka terjadilah pertempuran di antara Kerajaan Kristian dan Kerajaan Islam di Granada dan kemenangan berpihak pada Kerajaan Kristian berikutan jumlah tentera Islam yang sedikit.

     Akhirnya, pada tarikh 2 Januari 1492, penganut-penganut Kristian memasuki Istana al-Hambra dan memasang bendera-bendera, simbol-simbol Kerajaan Kristian Eropah dan memasakkan bendera salib menara tertinggi di istana itu sebagai tanda kemenangan. Ribuan umat Islam terbunuh, diusir dan berpindah ke Afrika Utara. Begitulah pengakhiran peradaban Islam di Andalusia yang pernah bertahan dari tahun 711 hingga tahun 1492.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM