Thursday, May 15, 2014

KUNJUNG HORMAT DELEGASI JKR NEGERI PERAK KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH


KAHERAH, 14 Mei 2014 - Satu pertemuan rasmi telah diadakan antara Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak, Encik Saiful Azzuan Bin Aznam dan Puan Nik Rohaizan Binti Nik Ariffin bersama TYT Duta Besar Malaysia Dato' Ku Jaafar Bin Ku Shaari.

    Kunjung hormat yang berlangsung di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohandissen itu turut dihadiri Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Mohamed Munawir Bin Mohd Noh beserta wakil AJKT KPIPM, Saudara Muhammad 'Asri Bin Mohd Salim.

     Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam setengah itu turut membincangkan hal-hal yang berkaitan isu semasa setempat, keadaan pelajar Malaysia dan beberapa perkara yang lain.

     Tujuan utama kehadiran Pegawai JKR tersebut ke Mesir adalah untuk memantau keadaan bangunan Wisma Darul Ridzuan A yang sedang dalam proses pembaikpulihan.

      Semoga dengan kunjung hormat yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara JKR Negeri Perak dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.


No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM