Saturday, March 9, 2013

PEMANDU’13: Melatih Hero Yang Berkeyakinan Tinggi


Kaherah,7 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri kedua dengan tajuk “FROM ZERO TO HERO”. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Pada siri kali ini “FROM ZERO TO HERO” merupakan bengkel pengacaraan untuk memberi pendedahan kepada ahli, teknik-teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang pengacara.


Pada siri kali ini, PEMANDU telah menampilkan gandingan dua orang pengisi yang cukup hebat iaitu Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman dan Ustazah Siti Iziatul Hawa Binti Mohd Yusof. Selain itu, peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan telah dibahagikan tugasan masing-masing untuk mempraktikkan teknik yang telah didedahkan kepada mereka. Seterusnya, memberi mereka peluang ke hadapan untuk menguji tahap keyakinan diri yang ada pada diri masing-masing.



Program kali ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dabus oleh Usrah Al-Muhazirun di bawah kelolaan Biro TabungKebajikan, Kesenian Dan Riadah (BTKKR).Tayangan video daripada Biro Dakwah Dan Tarbiah mengakhiri program tersebut.




Keseluruhan program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada semua ahli KPIPM. Semoga program untuk siri-siri yang akan datang dapat terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha melahirkan tenaga kerja dan generasi pelapis yang berkredibiliti dan berkemahiran dari segala aspek.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM