Saturday, March 30, 2013

PEMANDU Siri Ke-3: Melahirkan Dai'e Yang Mahir Dalam Perubatan Islam


Kaherah, 28 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) bagi siri ketiga dengan tajuk “ Medic Dan Shifa’ ”. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Turut berlangsung, Majlis Pelancaran “KPIPM CREW” sesi 2012/2013 dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM dengan upacara menandatangani gimik perasmian. KPIPM Crew merupakan sebuah krew multimedia yang akan melancarkan gerak kerja program KPIPM disamping mencungkil kemahiran ahli di dalam bidang teknikal dan multimedia.


Pada siri kali ini, PEMANDU telah mengadakan sebuah wacana yang bertajuk Medic Dan Syifa’. Wacana ini bertujuan, memberi pencerahan kepada ahli tentang perubatan sains dan ruqyah. Selain itu, ahli juga didedahkan tentang kepentingan perubatan islam kepada individu khususnya dan kepada masyarakat amnya.
Antara ahli panel yang mewarnai program tersebut adalah Dr. Muhammad Izzuddun Bin Nadzif, Kuliah Perubatan Tahun 6, Kasr el-Ainy Medical School, Ustaz Abdul Hadi Bin Jusoh, Tahun 3 Maahad Qiraat Shoubra dan seorang moderator iaitu Ustaz Muhammad Sufi, Kuliah Syariah Islamiah Tahun 1.

Seperti biasa, acara kemuncak bagi Program PEMANDU adalah persembahan sajak kemanusiaan daripada Usrah Al-Muhazzirun iaitu Mohamad Nor Zafri Bin Mohamad Ayob, Kuliah Markaz Bahasa Arab, Al-Azhar. Akhir sekali, program diakhiri dengan jamuan bersempena dengan aqiqah yang dilakukan oleh Ustaz Hafizul Akhbar Bin Abd Rahman.

Keseluruhan program kali telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada semua ahli KPIPM mahupun bukan ahli. Semoga program untuk siri-siri yang akan datang dapat terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha melahirkan tenaga kerja dan generasi pelapis yang berkredibiliti dan berkemahiran daripada segala aspek. 

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...