Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Allah SWT telah berfirman melalui kalam suciNya melalui surah Sodh ayat : 1 Maksudnya : “Sodh, demi Al-Quran yang memiliki kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
Al-Quran diturunkan dan diserahkan kepada manusia agar menjadikannya sebagai tempat rujukan dan panduan dalam kehidupan. Setiap helaian sarat dengan teguran,peringatan dan kepelbagaian ilmu sampingan yang lain sebagai persediaan kepada manusia untuk mengambil faedah dan manfaat daripadanya. Sains,teknologi,seni,ekonomi, cara pengamalan kehidupan harian dan pelbagai lagi. Segalanya cukup sempurna meliputi segenap penjuru kehidupan samada duniawi mahupun ukhrawi.
Namun, kepada siapakah Al-Quran bertindak memberi penunjuk jalan yang benar?
Firman Allah SWT lagi :“ (Al-Quran ini )sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dan (umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka yang memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil peringatan” surah Sodh ayat 29.
Jelas daripada ayat tersebut, hanya orang-orang yang berkehendak kepada kebenaran sahaja yang berhak mendapat manfaat daripadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia tidak sesekali membiarkan hamba-hambaNya terus berada dalam kesesatan dan melakukan kemungkaran. FirmanNya dalam surah Al-Zukhruf, ayat 5 : “ patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu yangmelampau-lampau buruk keadaanya? ( Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, samada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya ).
Oleh hal yang demikian, amat beruntunglah bagi sesiapa yang diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu yang terkandung dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah Yusuf 111 : “ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, sertamenjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Justeru itu, Allah SWT memberikan hikmah kebijaksanaan ( ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi dan memelihara serta mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Perak yang menuntut ilmu di bumi Mesir, sama ada bidang Pengajian Islam atau Pengajian Sains Kesihatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...
-
SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan hu...
-
ROKOK ~ Asap yang keluar dari rokok mengandungi gas baracun. Antaranya : Amonia ( pencuci lantai ) : Karbon monoksida-menurunkan kemampuan ...
No comments:
Post a Comment