Saturday, March 28, 2009

YDP Dijemput Memberi Taklimat Kepada Bakal Mahasiswa Azhar

27 MAC, IPOH – Setiap tahun, JAIPk akan menguruskan kehadiran mahasiswa-mahasiswa ke Mesir. Pada tahun ini, JAIPk telah mengadakan sebuah majlis taklimat peringkat pertama bagi pelajar-pelajar lepasan STAM dan SPM untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.

Di kesempatan yang ada, ketika Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil sedang berada di Malaysia, beliau telah dijemput untuk turut sama dalam majlis tersebut. Beliau telah diberi ruang untuk menjelaskan serba sedikit tentang keadaan pembelajaran di Mesir, dan beberapa hal berkaitan dengan persatuan.

Kehadiran ibu bapa dan pelajar ketika itu sekitar 120 orang. Us Muhammad Mujahid juga menerima beberapa persoalan yang berkaitan, penjelasan dan sebagainya.

Mengulas tentang majlis taklimat ini, Us Muhammad Mujahid memberitahu kepada wartawan blog, bahawa beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang cenderung untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, terutamanya di bidang agama.

Beliau berkata lagi, kekurangan pelapis ulama’ di Malaysia, khususnya di Perak, seharusnya dilihat sebagai isu yang penting, yang perlu diselesaikan segera. Tambahan pula, mereka yang belajar agama di Mesir ini adalah keluaran Universiti al Azhar.

“Nabi Muhammad SAW sendiri memberitahu bahawa menuntut ilmu agama itu adalah satu kewajipan kepada setiap individu muslim. Kewajipan ini, sama seperti kewajipan kita mendirikan solat. Bagaimanakah seseorang itu dapat mendirikan solat sekiranya tidak berilmu?”, katanya.

Beliau juga mengesyorkan kepada seluruh ibu bapa yang berada di Malaysia, supaya mempunyai keinginan untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke Universiti al Azhar, atau meneruskan di dalam bidang agama. Ini nisbah pelajar bidang agama ini agak berkurangan sedangkan ia adalah kepentingan yang paling utama.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM