Saturday, February 21, 2009

Rehlah HEWI Ke Mansurah

MANSURAH, 17 Februari 2009- Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM 08/09 telah menganjurkan jaulah ke Maqam Aulia’, Mansurah dan Ra’su Bahr. Seramai 30 orang peserta telah menyertai jaulah pada kali ini.
Tujuan diadakan jaulah ini adalah untuk mengenang kembali perjuangan para aulia’ dan ulama’ di dalam menyebarkan ilmu ke seluruh pelusuk dunia di samping menghayati kesan tinggalan sejarah yang terdapat di Mansurah. Penerangan telah disampaikan oleh Ustaz Azrul bin Ismail dan Ustaz Azizuddin bin Aznan selaku musyrif penerangan pada hari tersebut.

Setelah taklimat berkenaan dengan adab-adab serta amalan-amalan sunat yang dituntut oleh Islam semasa menziarahi tempat yang mulia dijelaskan, para peserta memulakan perjalanan tepat pada pukul 8.00pagi dengan menaiki tiga buah tremco.

Destinasi pertama yang dilawati ialah Maqam Syeikh Sya’rawi yang terletak di Kampung Daqadus di daerah Mit Al-Ghamr 30 km dari Mansurah. Bersebelahan maqam ini juga terdapat kawasan perkuburan umat Islam Daqadus.

Seterusnya, peserta meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, iaitu Maqam Muhammad Bin Abu Bakar yang terletak di sebuah perkampungan di persisiran sungai Nil yang bernama Mit Damsis. Penempatan ini terletak dalam kawasan Aga. Apa yang menarik, maqam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak pada bahagian bawah Masjid Muhammad bin Abu Bakar bersebelahan Gereja Ortodok yang lebih 1600 tahun dahulu.

Pada pukul 2.45 petang para peserta tiba di Ra’su Bahr. Di sini para peserta berehat seketika dan menikmati makanan yang telah dibekalkan. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Tepat jam 6 petang, kami semua bertolak pulang ke Kaherah.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM