LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN RAYA HAJI DAN IBADAH KORBAN 2026 (ADHA ’26)
LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN RAYA HAJI DAN IBADAH KORBAN 2026 (ADHA ’26)
Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah & Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2025/2026
KAHERAH - Program Sambutan Raya Haji dan Ibadah Korban 2026 (ADHA ’26) telah dianjurkan dengan bertemakan “Memaknakan Syiar Ibadah, Menggapai Puncak Taqwa Ilahi” bermula pada 21 Mei 2026 sehingga 27 Mei 2026.
Program ini diadakan untuk meraikan hari perayaan yang tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia umumnya, serta menghidupkan suasana keramaian dalam kalangan anak-anak Perak agar menjiwai setiap pengorbanan yang dilakukan dan tidak melupakan rasa kerinduan buat keluarga yang tercinta.
Objektif utama yang ingin dicapai adalah meningkatkan thaqafah mahasiswa/siswi melalui penghayatan Aidiladha. Seterusnya, meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak Perak. Objektif yang terakhir ialah memupuk semangat ukhuwah islamiah dalam kalangan anak Perak.
Pada 21 Mei 2026, telah bermulanya pengisian khas Ehya’ Jumuah berkenaan Pembentangan Fiqh Korban dan Aqiqah. Pengisian khas tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Iskandar bin Noruddin, Pengarah Akademi Tok Guru, Lajnah Pengetahuan KPKM sesi 2025/2026. Pengisian khas itu telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi.
Pada malam Hari Raya Aidiladha, aktiviti malam gema takbir dan perutusan Aidiladha telah berjalan secara langsung di Laman Facebook KPIPM dan telah mendapat sambutan yang sangat meriah. Pada jam 8.30 malam, telah berkumandang takbir raya dan diteruskan lagi dengan penyampaian perutusan khas yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yamin bin Zainal Abidin, Yang Dipertua KPIPM sesi 2025/2026 bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Baitul Rahman. Akhir sekali, beliau memberikan beberapa kata nasihat sebelum mengakhiri ucapan perutusan khas.
Pada hari Selasa bersamaan 26 Mei 2026, telah diadakan gotong-royong sempena Hari Raya Aidiladha dan taklimat khas tentang perjalanan ketika hari sembelihan.
Pada jam 4.30 petang, para ikhwah dan akhawat berkumpul di Wisma Baitul Rahman untuk mengerjakan solat Asar berjemaah dan diteruskan lagi dengan taklimat khas hari sembelihan. Dalam taklimat itu, peringkat program telah membahagikan setiap ikhwah dan akhawat kepada beberapa kategori gerak kerja bagi melicinkan perjalanan ketika hari sembelihan. Seterusnya, setelah selesai taklimat khas, para ikhwah menjalankan aktiviti mengasah pisau dan melabelkan besen bagi persediaan untuk daging korban.
Pada hari Rabu bersamaan 27 Mei 2026 yaitu pada Hari Raya Aidiladha, anak-anak Perak telah mendirikan solat sunat Aidiladha pada jam 6.30 pagi dan seterusnya membuat persiapan untuk aktiviti sembelihan.
Pada pukul 8.00 pagi, semua anak Perak telah bersarapan di Pekarangan Wisma Baitul Rahman sebelum bertolak ke Suq Thamin untuk menjalankan aktiviti korban.Pergerakan aktiviti korban itu telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan sembelihan seekor unta. Setelah selesainya proses sembelihan, semua daging korban itu dibawa ke Pekarangan Wisma Baitul Rahman untuk dilapah dan dipotong sebelum diagihkan dan dimasak untuk jamuan anak Perak.
Pada pukul 5.00 petang selepas solat Asar, telah bermulanya proses menimbang dan membungkus daging korban untuk diagihkan kepada seluruh anak Perak di Hayyu Sabie’.
Pada pukul 9.00 malam, diteruskan lagi dengan aktiviti memasak daging korban untuk jamuan anak Perak yang akan diadakan pada esok hari.Aktiviti merewang dan memasak daging korban telah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada anak Perak.
Pada hari Khamis bersamaan 28 Mei 2026, telah berlangsung jamuan anak Perak yang telah dihadiri oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak dan semua anak Perak termasuk di setiap muhafazah.
Seterusnya, majlis jamuan anak Perak telah berakhir sekitar jam 4.00 petang dan diakhiri dengan aktiviti gotong-royong membersihkan Pekarangan Wisma Baitul Rahman.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan ADHA ’26 secara langsung atau tidak langsung.Semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
"Memaknakan Syiar Ibadah, Menggapai Puncak Taqwa Ilahi”.
#WeStandWithPalestin
#BersamamuPalestin
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)




Comments
Post a Comment