LAPORAN | PROGRAM NUR RAMADAN DAN MAHLIGAI SYAWAL (NAWRA’ ‘26 )
26 Feb, 2026
LAPORAN | PROGRAM NUR RAMADAN DAN MAHLIGAI SYAWAL (NAWRA’ ‘26 )
_
KAHERAH- Program Nur Ramadan dan Mahligai Syawal (NAWRA’ ‘26) telah dianjurkan di bawah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2025/2026 dengan tema “Menggapai Taqwa Ramadan, Meraih Keceriaan Syawal”.
Program ini dianjurkan sebagai medium untuk menyemai kefahaman mendalam mengenai hikmah Ramadan dan Syawal di samping menghidupkan nilai keinsafan, ukhuwah serta semangat dalam kalangan mahasiswa/wi.
Program NAWRA’ ‘26 telah berlangsung seperti ketetapan berikut:
17 Februari 2026: Majlis Perasmian NAWRA’ ‘26
21 & 28 Februari 2026: Tafaqquh Khas
23 Februari 2026: Markaz Al-Qurra
24 Februari, 3 & 17 Mac 2026: Daurah An-Nisa’
26 Februari, 5 & 12 Mac 2026: Iftar Jamaie dan Sahur Jamaie serta Solat Terawih Berqiraat
2 Mac 2026: Pertukaran Juadah
7 Mac 2026: Nuzul Al-Quran
16 Mac 2026: Majlis Khatam Al-Quran
19 Mac 2026: Malam Perutusan Raya & Kembara Takbir Aidilfitri
23 Mac 2026: Rumah Terbuka Aidilfitri & Majlis Penutup NAWRA’ ‘26
Objektif utama program NAWRA’ ‘26 ini adalah untuk:
Meningkatkan kualiti kerohanian mahasiswa/ wi melalui penghayatan ibadah serta amalan sepanjang bulan Ramadan.
Memperluas pemahaman dan pengetahuan mahasiswa/wi berkaitan nilai-nilai Islam melalui pengisian ilmiah.
Memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa/wi dengan aktiviti berjemaah secara berterusan.
Pada 17 Februari 2026, telah berlangsung majlis perasmian program NAWRA’ ‘26 yang dirasmikan oleh Encik Johar bin Zainal Abidin, Atase Pendidikan Negeri Perak serta ucapan dari Ustaz Ahmad Yamin bin Zainal Abidin Yang diPertua KPIPM sesi 2025/2026 dan Ustaz Muhammad Syahrul Asyraf bin Sabri selaku Pengarah program Nur Ramadan & Mahligai Syawal (NAWRA’ ‘26) KPIPM sesi 2025/2026.
Seterusnya, pada 21 Februari 2026 telah diadakan aktiviti tafaqquh khas yang disampaikan oleh Ustaz Amar Arif, Tokoh Ibnu Abbas bertajuk ”Ramadan & Gen-Z: Antara FYP dan Taqwa”. Pada 28 Februari 2026 pula, tafaqquh khas yang bertajuk “Ibrah Badar & Gaza, Semangat Ramadan Membebaskan Ummah” bersama Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al Hafiz yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia”. Kedua-dua sesi ini disiarkan secara live di laman Facebook KPIPM bermula pada jam 5.00 p.m.
Pada 23 Februari 2026, telah diadakan Markaz Al-Qurra bertemakan “Qiraat Sab’ah Fi Surah Al-Fatihah”. Tausiah ini disampaikan oleh Al-Fadhil Syeikh Abdul Rahman Sayyid Ali Abdul Mujid, Pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar Khazandarah Shoubra. Majlis ini diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Baitul Rahman,
Pada 24 Februari, 3 & 17 Mac, 4 & 5 April, Daurah An-Nisa iaitu daurah fiqh tentang darah wanita yang menggunakan kitab Al-Ibanah wal Ifadah. Daurah ini telah disampaikan oleh Ustazah Iffah Zulaikha binti Arif Iskandar yang juga merupakan Fasilitator KPIPM sesi 2025/2026. Daurah ini diadakan khusus untuk para akhawat.
Pada 26 Februari, 5 & 12 Mac, aktiviti Iftar Jamaie dan Sahur Jamaie khusus bagi anak-anak Perak yang berada di bumi Mesir. Aktiviti merewang juga diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut. Aktiviti ini diadakan di Wisma Baitul Ridzuan untuk akhawat dan di pekarangan Wisma Baitul Rahman untuk ikhwah. Syantah Ramadan telah diedarkan kepada anak-anak Perak yang berada di sekitar sabik. Selain itu, telah diadakan solat tarawih berqiraat yang diimami oleh beberapa mahasiswa dari Kuliah Qiraat Shoubra.
Pada 2 Mac 2026, aktiviti pertukaran juadah telah dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa/wi Perak.
Kemudian, pada 7 Mac 2026, telah berlangsung majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Prof Dr. Syeikh Ali Abdul Basit Muzid.
Manakala pada 16 Mac 2026, majlis Khatam Al-Quran pula telah diadakan di Lokasi yang sama. Majlis ini bermula selepas solat maghrib dan diakhiri dengan jamuan makan sebaik Sahaja majlis selesai.
Pada 19 Mac 2026, telah berlangsung majlis Malam Perutusan Raya dan Kembara Takbir Aidilfitri bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi. Majlis diserikan dengan ucapan perutusan Aidilfitri oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2025/2026, Ustaz Ahmad Yamin bin Zainal Abidin. Seturusnya, acara diteruskan dengan tayangan video pertandingan Vibes Ramadan di Mesir.
Akhir sekali, pada 23 Mac 2026, NAWRA’ ‘26 telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri sekaligus majlis penutup program tersebut. Majlis ini diadakan di Dewan Hotel Aqua House di Hayyu Thamin. Majlis ini bermula pada 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari bagi akhawat dan 2.00 petang hingga 5.00 petang bagi ikhwah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penggerak serta semua mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pihak program NAWRA’ ’26 berharapkan agar objektif program ini dapat dicapai dengan sempurna.
“Menggapai Taqwa Ramadan, Meraih Keceriaan Syawal”
#NAWRA26
#WeStandWithPalestine
#BersamamuPalestin
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”
Disediakan oleh:
Aina Syahzanani binti Mohd Shafarin
Setiausaha Nur Ramadan dan Mahligai Syawal (NAWRA’ ‘26) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2025/2026.


Comments
Post a Comment