KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2025/2026
Firman Allah SWT :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudmya: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan" (Surah al-Mujadalah, Ayat 11)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Bertepatan dengan ayat al-Quran daripada Surah al-Mujadalah, KPIPM sentiasa menitikberatkan berkaitan hal ehwal akademik ahlinya.
Sedia maklum, pihak Universiti al-Azhar telah mengumumkan tarikh bagi pelaksanaan imtihan bagi fasa yang pertama.
Sehubungan itu, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2025/2026 dengan ini memaklumkan bahawa bermula 3 Disember 2025 sebarang aktiviti atau program mega adalah ditangguhkan dengan pengecualian aktiviti yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah sahaja.
Penangguhan ini bertujuan memberikan ruang masa yang optimum kepada semua mahasiswa/wi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang.
KPIPM mengharapkan seluruh ahli dapat memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk menelaah pelajaran. Pihak kami mendoakan agar semua mahasiswa/wi meraih kejayaan yang cemerlang dan dapat menggunakan ilmu yang diperoleh demi manfaat umat.
Semoga usaha dan kejayaan kita sentiasa diiringi ketaqwaan kepada Allah SWT.
Siiru 'Ala Barakatillah.
Ahmad Yamin bin Zainal Abidin
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2025/2026
"Keluarga kita, kita jaga"
#WeStandWithPalestine
#BersamamuPalestin
#KPIPMkeluargakita
#Keluargakitakitajaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Comments
Post a Comment