Thursday, September 16, 2021

LAPORAN PROGRAM HARI MAHASISWA KERJAYA 2021 (KERJAYA’21)

 LAPORAN PROGRAM HARI MAHASISWA KERJAYA 2021 (KERJAYA’21)


Firman Allah SWT:

فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui."

(Surah an-Nahl: 43)

Pada tarikh 15 & 16 September 2021, Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021 telah menjalankan Program Hari Mahasiswa Kerjaya 2021 (KERJAYA’21) yang bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa/wi mengenai prospek alam pekerjaan. Tema yang telah disepakati  pada sesi kali ini ialah “Kerjaya Diceburi, Generasi Berbakti".

Alhamdulillah, Program KERJAYA'21 pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 263 peserta yang terdiri daripada mahasiswa/wi dari pelbagai negeri. Program ini juga berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis.

Perjalanan program pada 15 September 2021 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi dengan kehadiran peserta ke dalam aplikasi Zoom Meeting . Selepas itu, program diteruskan lagi dengan Slot Pertama yang membawa topik Pasaran Kerjaya Graduan Degree Pengajian Islam Universiti Al-Azhar, yang disampaikan oleh Tuan Nik Akmal Afif bin Nik Othman yang merupakan Perunding Kerjaya, Training Cube dan secara tidak langsung turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta.

Pada 16 September 2021 (Khamis), program diteruskan lagi dengan Slot Kedua yang bertajuk Tips Penyediaan Resume dan Temuduga (Atas Talian & Fizikal) yang disampaikan oleh Tuan Aizal bin Anual yang merupakan Pengarah Education Malaysia Egypt di Facebook Private Group. Pada jam 2.00petang, program diteruskan dengan Slot Inklusif Perjalanan Kerjaya Jabatan Mufti yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faris bin Muhammad Ismi yang merupakan Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak.

Untuk makluman semua, Slot Inklusif yang terakhir (Institusi Kehakiman) tidak dapat diteruskan atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Peringkat kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kekangan yang berlaku. 

Akhirnya, diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan ilmu dan perkongsian yang diperoleh serta terus bersemangat dalam membuat persediaan bersungguh-sungguh menuju ke alam pekerjaan. Pihak program merakamkan jutaan terima kasih buat semua peserta kerana sudi menyertai program kerjaya yang dijalankan.


" Kerjaya Diceburi, Generasi Berbakti "

#KPIPMKeluargaKita

#BersamaBersatuJayakanUsulYDP

#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

 

Disediakan oleh :

Muhammad Khairil Anam bin Mohamad Ridzuan,

Setiausaha Agung Keluarga Pelajar- pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021
































No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...