Skip to main content

MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR

MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR 
Lembaga Tabung Ithar, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2020/2021


Pengertian sebenar Ukhuwah Islamiah dapat kita fahami dan renungkan melalui sirah perjuangan dakwah Baginda Nabi Muhammad SAW bersama dengan para sahabat yang boleh kita ambil pengajarannya sehingga hari ini. 

Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan 3 peringkat dalam Ukhuwah Islamiah dan Ithar, merupakan tingkat yang tertinggi.

Allah SWT berfirman, 
وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡهِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمۡ حَاجَةٗ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Maksudnya :
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(Surah Al-Hashr : Ayat 9)

Definisi Ithar adalah mengutamakan sahabat yang lain lebih daripada keperluan diri sendiri. Sebagaimana ibrah yang boleh kita dapati daripada tadabbur ayat diatas, kisah penghijrahan kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang disatukan oleh Rasulullah SAW dengan ukhuwah yang jitu berteraskan aqidah Islamiah. 

Dan antara kisah yang sering kita dengar berkenaan dengan dua sahabat yang dipersaudarakan oleh Baginda SAW iaitu Abdurrahman bin Auf dan Saad bin Rabi' . Sahabat Ansar ini menawarkan separuh hartanya dan sanggup untuk mentalakkan salah seorang isterinya untuk Abdurrahman bin Auf, akan tetapi, dengan rendah hati tawaran itu ditolak dan Abdurrahman bin Auf meminta untuk ditunjukkan pasar kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda :
 لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya : “Tidak beriman seseorang di antaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, KPIPM sebagai sebuah Badan Kebajikan Anak Negeri bertanggungjawab bagi memupuk sifat Ithar yang telah diajarkan oleh Rasulullah 
SAW ini supaya tertanam dalam diri dan jiwa seluruh anak Perak di bumi Mesir ini.

Maka dengan itu, peringkat ahli Lembaga Tabung Ithar pada sesi kali ini diteruskan dengan harapan bukan sahaja nilai ini dapat diamalkan, bahkan dapat membantu sahabat-sahabat lain yang berkemungkinan memerlukan bantuan dan pertolongan. 

Oleh itu, saya selaku Pengerusi Lembaga Tabung Ithar KPIPM sesi 2020/2021 menyeru kepada seluruh ahli KPIPM agar kita sama-sama menyumbang kepada Tabung Ithar bagi membantu rakan seperjuangan kita yang menghadapi kesulitan atau kesusahan agar sedikit sebanyak kita mampu meringankan beban mereka dan menyuburkan nilai Ithar dalam diri kita semua.

Semoga segala sumbangan kita dihitung oleh Allah SWT sebagai amal jariah dan menjadi syafaat bagi kita mendapatkan syurga Allah SWT di hari akhirat kelak.

"Ithar Menyemai Keikhlasan"

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Comments

  1. Assalamualaikum wr, wb, saya IBU SUCHI saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya ! ! !

    SILAHKAN CHAT/TLPN DI WHATSAPP AKI: 082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kaifiat Solat Sunat Hifzi Dan Doa Kuat Hafalan

SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan huffaz), agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi.    Kaedahnya : 1. Mengerjakan solat ini empat rakaat, dengan dua kali tahiyat akhir. 2. Mengerjakan pada malam Jumaat, sebaik-baiknya pada sepertiga malam. 3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut. 4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN. 5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN. 6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH. 7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH AL-MULK. 8. Setelah selesai solat, bacalah doa tersebut.          Doa Kuat Hafalan اللَّـهُـمَّ   إنـِّـي  أَسْــأَلـُكَ  بِـأَنِـّي  أَشْــهَـدُ  أَنـَّكَ  أَنـْتَ  الله ُ  الأَحَــدُ  الـصَّـمَـدُ،  الّـذِيْ  لَـمْ  يَـلِـدْ،  وَلَـمْ يُـوْلَـدْ،  وَلَـمْ  يَـكُـنْ  لَـهُ  كُـفُـوًا  أَحَــدٌ. الَّلـهُـمَّ  صَـلِّ  وَسَـلِّـمْ  عَـلَى  سَــيِّـدِنَـا مُـحَــمَّـدٍ  وَعَـلَ

LAPORAN PROGRAM CAHAYA RAMADAN DAN SINARAN SYAWAL 2020 (DHIYA'20)

LAPORAN PROGRAM CAHAYA RAMADAN DAN SINARAN SYAWAL 2020 (DHIYA'20) KAHERAH - Pada 21 April 2020 hingga 25 Mei 2020, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena bulan Ramadan dan Syawal. Program tersebut telah diberi nama Cahaya Ramadan dan Sinaran Syawal 2020 dengan singkatan DHIYA’20. Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah & Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian & Riadah KPIPM sesi 2019/2020 dengan bertemakan "Menuju Kilauan Farhatain”. DHIYA'20 telah bermula pada 27 Syaaban 1441H bersamaan 21 April 2020 pada hari Selasa dengan Edaran Syantah DHIYA'20. Edaran ini bermula pada jam 9 pagi kepada anak-anak perak yang berada di sekitar Kaherah, Mesir. Program diteruskan dengan Perutusan Live DHIYA'20 iaitu pada 30 Syaaban 1441H bersamaan dengan 23 April 2020 pada 4.30 petang di Laman KPIPM oleh Ustaz Muhammad Fahmi bin Zakaria selaku Yang Dipertua KPIPM sesi 2019/2020.     Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan

PENA AZHARI | PEMUDA MUTIARA AGAMA

PENA AZHARI | PEMUDA MUTIARA AGAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 الحمد لله الذي بيده وهو على كل شيء قدير, أشهد أن لا إلـه إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. ,أشهد أن محمدا عبده ورسوله البدر الدجى و سراج المنير. اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا و حبيبنا وإمامنا و قدوتنا محمد نبي الرحمة و شفيع الأمة وعلى آلـه وصحبه ومن تبعه ونصره. Kalam tuhan bukan sandaran tetapi ia satu pegangan kepada mereka yang bergelar Muslim. Konteks muslim dewasa ini sering dikaitkan kepada laras pemikiran atau konsep mazhab yang pelbagai kerana kefahaman yang berbeza dalam usaha memahami takwilan al-Quran dan as-Sunnah serta batasan berfikir yang tiada had. Oleh itu, mehnah zaman milenium ini tidak asing lagi kepada kita selaku pemuda yang  terdedah kepada pelbagai cabang mazhab pemikiran. Dan pemuda, di manakah peranan kita ?! Firman Allah SWT: نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَٰهُمْ هُ