Monday, July 25, 2016

FUTSAL MAHABBAH UBM KPIPM: TARIK MINAT ORANG BUJANG UNTUK BERPASANGAN


FUTSAL MAHABBAH UBM KPIPM: TARIK MINAT ORANG BUJANG UNTUK BERPASANGAN

Kaherah, 24 Julai - Unit Bait Muslim KPIPM dengan jayanya melaksanakan aktiviti riadah Futsal Mahabbah yang mana disertai oleh ahli mutazawwijin dan ahli KPIPM yang masih bujang.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat ahli KPIPM yang masih bujang untuk bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

Turut hadir dalam program tersebut, Ustaz Munawer Bin Mohamed Noh selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak dan barisan kepimpinan KPIPM yang diketuai oleh Ustaz Khairul Hafiz Bin Razak.

Aktiviti ini dimulakan dengan sepak mula perlawanan dan diakhiri dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Pengerusi Unit Bait Muslim KPIPM, Ustaz Muhammad Mu'aaz Bin Ramli dan ucapan daripada Ustaz Khairul Hafiz yang mewakili kepimpinan KPIPM.

"Terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat membina ukhuwah dalam kalangan mutazawwijin dan ahli KPIPM yang bujang sekaligus membuka ruang kepada ahli untuk bersedia ke arah gerbang perkahwinan." Ulas Ustaz Mu'aaz menarik minat ahli untuk berkahwin.

"KPIPM komited memberikan ruang kepada ahli untuk melangkah ke alam rumah tangga, oleh sebab itu wujudnya Unit Bait Muslim ini." Ujar Ustaz Khairul Hafiz dalam ucapannya.










#Berilmu_Beramal_Ikhlas
#UBM_untuk_semua

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...