Home » » Membongkar Sejarah, Menyingkap Hikmah

Membongkar Sejarah, Menyingkap Hikmah


Kaherah, 8 Disember 2012 -Bersempena dengan musim imtihan yang bakal ditempuhi oleh mahasiswa Mesir tahun ini, Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM telah menganjurkan jaulah maqam auliya’ di sekitar Kaherah. Antara objektif program adalah untuk mengambil ibrah daripada nasihat dan kisah hidup para auliya bersesuaian dengan tema program ‘”Membongkar Sejarah, Menyingkap Hikmah” di samping dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim dalam kalangan ahli KPIPM. 




Program tersebut dijalankan selama 2 hari iaitu pada 1 Disember bagi siswa dan 8 Disember untuk siswi. Sedikit penerangan etika jaulah telah disampaikan oleh Unit Disiplin dan Keselamatan sebelum rombongan bertolak . Musyrif penerangan, Ustaz Ibnu Abbas Azizuddin menerangkan biodata dan kisah setiap maqam para auliya’ yang dikunjungi. Antara maqam auliya’ yang dilawati antaranya seperti maqam Imam Shafie r.a, Sayyidah Nafisah r.a, As-Syahid Imam Hassan al-Banna, Syeikh Ahmad bin Ɓtoillah as-Sakandari r.a, wali Soghir Syeikh Ashraf r.a dan macam-macam lagi.




Rombongan jaulah maqam tiba di wisma A Darul Ridzuan pada pukul 4.30 petang sebelum maghrib. Beberapa peserta menyatakan keseronokan dapat menziarahi maqam para auliya’Allah dan berterima kasih kepada KPIPM kerana sudi menjayakan program seperti ini.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger