Sunday, March 13, 2011

YAB Menteri Besar Mengajak Mahasiswa Bersama KPIPM



5 MAC - Di dalam perjumpaan bersama ibu bapa dan mahasiswa yang menuntut di bumi Mesir, YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abd Kadir memberitahu hadirin bahawa Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir adalah sebuah badan kebajikan yang bernaung di bawah kerajaan negeri, yang menyatukan anak-anak Perak di sana.

Beliau menyifatkan bahawa anak-anak Perak yang menuntut di bumi Mesir perlulah bersama dengan KPIPM bagi memudahkan sebarang urusan di Mesir, contohnya seperti urusan pengajian dan kebajikan.

"Sebarang laporan dan masalah di Mesir boleh merujuk kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar, En. Muhaimin dan persatuan pelajar KPIPM", katanya di dalam ucapan tersebut.

Susulan daripada itu, Ketua HEWI KPIPM, Ustazah Norul Aimi binti Razi mengucapkan terima kasih di atas kebersamaan semua pihak dalam memudahkan urusan KPIPM dan Kerajaan Negeri, dalam misi menyelamatkan tersebut.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24)

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH  RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024 KAHERAH ...