Sunday, March 13, 2011

Timbalan YDP, Wakil KPIPM Ke Mesir Malam Tadi


13 MAC - Malam tadi, penerbangan pertama bagi membawa pulang mahasiswa yang menuntut di bumi Mesir telah berjalan lancar. Timbalan Yang Dipertua, Muhammad Omar bin Haji Adam adalah wakil KPIPM bersama beberapa ahli KPIPM bagi trip pertama.

Beliau akan mewakili pihak persatuan dalam sebarang urusan di Mesir buat sementara waktu.

Sementara itu, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, Yang Dipertua KPIPM, memberitahu bahawa ibu bapa tidak perlu bimbang tentang penerbangan semula ke Mesir.

"Pihak KPIPM telah banyak bekerjasama dengan pihak Yayasan Perak, bagi menguruskan penerbangan tersebut mengikut trip-trip yang berperingkat" Katanya.

Dalam perjumpaan bersama 50 wakil mahasiswa siang tadi, Pengarah Yayasan Perak, Tuan Haji Abdul Jamil bin Kasa mengucapkan terima kasih kepada KPIPM yang banyak membantu pihak yayasan dalam menguruskan pendaftaran dan gerak kerja penerbangan semula ini.


Tuan Haji Jamil bin Kasa

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24)

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH  RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024 KAHERAH ...